Thursday, February 24, 2011

Jangan Buat Orang Yang Mencintai Kamu Kecewa

Tiba-tiba best pulak baca ayat-ayat yang cousin share kt fb..
Lepas baca semua ayat-ayat ni, memang serius betul..

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. 
Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli!
Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya.. Di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik.. 
Walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini.. Dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti
Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
Walaupun kamu tidak membalas SMS-nya.. Kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya..
Menyatakan dalam cara yang berbeza.. Bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan..
Setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu..
Bahkan mungkin kejadian.. Yang kamu sendiri sudah melupakannya.. Kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya Dan saat itu.. Matanya pasti berkaca.. Kerana saat bersamamu itu tidak mungkin berulang..

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan..
Bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri.. Lupa pernah mengungkapkannya..

Berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kamu tuturkan padanya..
Dan akhirnya kamu musnahkan?
Pasti kamu lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu..

Kerana kesukaan kamu kesukaannya juga..

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk..
Dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian.. Dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung..
Dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya.. Yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa.. Tetapi baginya barang itu sangat istimewa

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat.. Ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu..
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya

14] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain.. Dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran..

Dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu.. Pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

15] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL..
Seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari.. Atau Mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS.. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

16] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu.. Dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala.. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu..
Dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

17] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar.. Walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu..

18] Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi.. Sebahagian besar INBOX-nya.. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan.. Dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya

19] Jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya.. Dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu.. Walaupun hal itu membunuh hatinya.

20] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan.. Dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya.. Dia tak pernah mencari orang lain.. Dia sentiasa menunggu kamu

21] Orang yang begitu mencintaimu.. Tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan..
Walaupun hatinya meronta ingin mengetahui..

Saat kamu pinta dia berlalu..
Dia pergi tanpa menyalahkan kamu..
Kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta..
CINTA TIDAK BOLEH DIPAKSA..






Monday, February 14, 2011

Maulidur Rasul

Hari ni, 15 Februari 2010 bersamaan 12 Rabiulawal..

Ok blog, bersempena dengan maulidur rasul ni, 
Jom, kita luangkan beberapa minit 
Untuk berselawat ke atas junjungan kita..
Nabi Muhammad s.a.w



Ok..
Cik bloggie rasa.. 
Kamu semua dah meluangkan sedikit masa untuk berselawat bukan..
Alhamdulillah..
Semoga baginda sentiasa di hati kita..


Last but not least..
Salam Maulidur Rasul :)


(^^,)

Wednesday, February 9, 2011

Wanita Yang Indah

Terpaku bila cik bloggie baca ayat-ayat ni..
So, saje-saje je cik bloggie nak share pada semua di luar sana.. :)
 .......................................................................................


Aduhai wanita sungguh mahal pandangan mu di mata lelaki..
Tapi kenapa masih ada lagi yang tidak menyedari? 
Dirimu terlalu agung di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi penciptaMu
Menjadi wanita adalah satu anugerah yang tepaling indah
Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu
Lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkah mu
Halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai 
Masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu

Wanita ku
Terima saja makian yang bederu deru ibarat halilintar yang singgah di cupingmu
Terima saja itu dengan senyuman
Ambil sebagai halwa telinga yang mengajarkan mu erti kesabaran
Itu sebenarnya dendangan sumbang dari bibir bibir sumbing yang ingin melihat mu sungkur Percayalah akan ada berita manis yang singgah dicupingmu suatu masa nanti 
Asal saja gunung kesabaranmu tidak pernah kau tarah.

Saudara wanitaku
Iman mu adalah perisai
Agamamu adalah landasanmu disetiap langkah yang kau atur
Jangan sesekali kau biarkan anasir songsang memperkotak katikan iman mu apatah lagi agama yang kau kandung
Hanya kerana nikmat duniawi semata mata
Jangan kau gadaikan maruahmu yang tidak ada galang gantinya 
Hanya kerana mengejar sesuatu yang tidak mungkin bisa kau kendong
Andai kata kau tersungkur
Segeralah bangkit dan sekiranya kau tersasar jauh dari landasan hidupmu
Atur kembali langkahmu bersama titipan iman 
Mulakan dengan langkah yang baru
Jangan bersedih wahai wanita andai apa yang kau ingini tidak kau beroleh di dunia
Syurga itu sentiasa menanti mu
Bulatnya iman dan takwa sumaiyah ketika di hunuskan tombak ditubuhnya, demikian jugalah bulat iman mu harus kepada penciptaMu

Peganglah kata kata ini, 
"kau sebenarnya tidak akan tersasar seandainya keimananmu 
kau jadikan sebagai tunjang dalam kehidupan".

Wanita
Biar tawadukmu lebih menggungung daripada kejelitaanmu
 Biar keayuan mu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilaku
Biar kebijaksanaan mu terpampang oleh tingginya ilmu mu
Jangan sesaat pun kau lupa setianya masyitah pada Tuhannya
Agungnya kasih khadijah kepada agamanya dan perjuangan srikandi srikandi agama terdahulu
Jadikan agama mu sebagai tunjang yang memperkasakan akidah mu
Biar kesabaranmu manjadi benteng perjuanganmu 
Lebarkan iman mu dengan sejuta lapis sifat mahmudah
&
Jadilah kita wanita paling bahagia...


p/s : sumber dari google.  

Berperang dengan Kesesakan

Jumpa lagi ye blog kita kt sini.. =)
Cik bloggie baru saje menjadi mangsa kesesakan jalan raya..
Sesak masa cik bloggie nak balik puncak alam selepas cuti mid term seminggu haritu..
Haish.. Teramat la penat & macam nak patah pinggang ni wahai blog..
Mana taknya, sampai terminal klang, pukul 11.30mlm, gara-gara jam yang teruk tu.. =(
10 jam kot, baru sampai klang..
Sungguh sadis sekali..
Blog tak percaya?? 
Hah, meh cik bloggie buktikan..

Tadaaaaaaaaaaaaa...

 Mula-mula, jalan bukan main lengang.. 

Deretan kereta pun menjelma.. 

Kereta beratur panjang.. Macam queue nak beli makanan kat kantin sekolah..

Kereta semakin banyak, membuatkan diriku hilang arah..

  Dari pagi sampai ke malam kereta tak berkurang jua.. 
Bila sampai highway LPT lagi la mencurah-curah ke ladang gandum keretanya.. Haish!

Ha, lawa kan lampu-lampu kereta blog?? 
Haritu highway tidak kesepian&Diterangi oleh cahaya yang bergemerlapan.. 
(Sangat stress dengan keadaan jam yang sebegini teruk) =(

Keadaan yang sangat teruk telah menguji kesabaran betul.. Huhu



Ha, sekarang dah percaya??
Cik bloggie tahu, ramai yang tersekat dalam keadaan jam yang boleh tahan teruk haritu..
Nak-nak siapa yang keluar dari LEBUHRAYA PANTAI TIMUR(LPT)
Kereta dari arah Terengganu & Kelantan tersangat lah banyak..
Tak terkira rasanya..
Dalam kebengangan dengan keadaan jam yang macam ni..
Ada juga rasa gembira..
Gembira bukan apa.. 
Boleh tengok kereta yang pelbagai jenis.. Hahaha..
Tambah pulak, lampu-lampu kereta yang menyala..
Owh! Sungguh cantik sekali.. =)
(saje sodapkan hati den sendiri..)