Thursday, February 24, 2011

Jangan Buat Orang Yang Mencintai Kamu Kecewa

Tiba-tiba best pulak baca ayat-ayat yang cousin share kt fb..
Lepas baca semua ayat-ayat ni, memang serius betul..

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. 
Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli!
Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya.. Di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik.. 
Walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini.. Dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti
Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
Walaupun kamu tidak membalas SMS-nya.. Kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya..
Menyatakan dalam cara yang berbeza.. Bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan..
Setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu..
Bahkan mungkin kejadian.. Yang kamu sendiri sudah melupakannya.. Kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya Dan saat itu.. Matanya pasti berkaca.. Kerana saat bersamamu itu tidak mungkin berulang..

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan..
Bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri.. Lupa pernah mengungkapkannya..

Berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kamu tuturkan padanya..
Dan akhirnya kamu musnahkan?
Pasti kamu lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu..

Kerana kesukaan kamu kesukaannya juga..

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk..
Dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian.. Dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung..
Dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya.. Yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa.. Tetapi baginya barang itu sangat istimewa

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat.. Ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu..
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya

14] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain.. Dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran..

Dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu.. Pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

15] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL..
Seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari.. Atau Mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS.. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

16] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu.. Dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala.. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu..
Dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

17] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar.. Walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu..

18] Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi.. Sebahagian besar INBOX-nya.. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan.. Dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya

19] Jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya.. Dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu.. Walaupun hal itu membunuh hatinya.

20] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan.. Dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya.. Dia tak pernah mencari orang lain.. Dia sentiasa menunggu kamu

21] Orang yang begitu mencintaimu.. Tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan..
Walaupun hatinya meronta ingin mengetahui..

Saat kamu pinta dia berlalu..
Dia pergi tanpa menyalahkan kamu..
Kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta..
CINTA TIDAK BOLEH DIPAKSA..






No comments: