Tuesday, May 24, 2011

Why, girls??




"Why do girls run from the ones that make them happy.."
&
"Fight for the ones that make them cry?"

Monday, May 23, 2011

JODOH ITU RAHSIA ALLAH

Seronoknya tengok *$#%*, tiap-tiap malam keluar dinner dengan boifren dia.. Alangkah indahnya kalau hari-hari pergi balik kuliah dengan boifren macam si *$#%*.. Macam rasa dihargai betul si *$#%*, boifren dia betul-betul ambik berat.. & macam-macam lagi lah persoalan yang korang nak tanya.. Am I right??

Entry kali ni cik bloggie nak membebel tentang kenapa jodoh kita(pada yang single saje ok) lambat sampai.. Cik bloggie dapat info ni dari satu artikel daripada seorang penceramah..

Kita tak payah buang masa, sekarang jom scroll ke bawah, tengok apa yang beliau bagitau..

1. Usaha Kita Belum Sempurna:
Kita dah berusaha, tapi tak sampai ke matlamat yang hendak dicapai.. Kadang-kadang, kita mudah putus asa, jadi usaha kita tu tak menjadi.. So, kita kena cuba, cuba dan cuba lagi..

2. Belum Benar-benar Bersedia
Kita dah ada pasangan tapi sebaliknya kita belum bersedia.. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri. Orang yang sanggup tempuhi apa sekalipun yang datang di masa akan datang..

3. Tiada Daya Penarik
Bila ada daya penarik, kita dapat menarik sesiapa pun menyayangi kita termasuklah bakal pasangan kita..  Yang menjadi masalahnya, bila kita tiada daya penarik.. Cubalah berfikiran positif & perbanyakkan istighfar, solat hajat, istikharah dan sebagainya untuk mencuci hati kita.. Maka, kita dapat menarik orang lain menyukai kita..

4. Doa Tidak Makbul
Berdoalah untuk untuk mendapatkan jodoh.. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa kita masih tak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya.. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.. Jadi, bersihkanlah hati kamu.

5. Restu Ibu Bapa Belum Total
“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak.. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi.. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh.. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan.. Ini satu masalah yang besar.

6. Faktor Metafizikal
Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.. Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.. Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.. Nauzubillah.. Mintak dijauhkan ciri yang ke 6 ni kan kawan-kawan..

Ok, sekarang kamu rasa ada tak salah satu ciri-ciri tu ada pada diri sendiri..  Kalau ada, berubahlah.. Ye la siapa yang tak nak ada pasangan tersendiri.. Betul tak?

Semoga kita lebih baik daripada masa lepas.. :)

Jumpa lagi.. (^^,)V

Wednesday, May 18, 2011

Rintihan

Ya Allah.. 
Engkaulah Maha Mendengar.. 
Setiap rintihan hambaMu yg menderita..

Maka dengarkanlah rintihannya, kabulkanlah doanya..

Sembuhkanlah siapapun yg terluka hatinya.. 
Ubahlah deritanya menjadi kebahagiaan.. 
Kepedihannya menjadi kesabaran & kesedihannya menjadi kedamaian..
 Ya Allah..

Hanya kpd Engkaulah kami bertawakal..

Hanya kpd Engkaulah kami memohon pertolongan..