Sunday, July 31, 2011

Apa Erti Ramadhan


Assalam semua..
1hb Ogos 2011, bersamaan 1 Ramadhan 1432 Hijrah, merupakan hari pertama kita menyambut kedatangan bulan ramadhan al-mubarak ini..
Apa persiapan mental,fizikal & jasmani anda semua? Adakah kita mahu menjadikan bulan ramadhan kali ini lebih bermakna & berlumba-lumba mengejar keberkatannya?
Insyaallah, jika ada usaha & keazaman untuk berubah & merasai kenikmatan bulan ramadhan ini dengan bersungguh-sungguh, kita pasti dapat merasai kemanisan bulan ramadhan.

Pengertian ramadhan yang dahulu dari perspektif kehidupan saya sendiri:

Zaman kanak-kanak & remaja dulu, pengertian bulan ramadhan saya masih belum tercapai dek akal.  

Zaman kanak-kanak, puasa hanya disebabkan terpengaruh dengan kata-kata ibu&ayah kita "Siapa yang tak cukup puasa, tak boleh raya, tak dapat duit raya, tak boleh pakai baju raya"

Zaman remaja pula, puasa bukan sahaja sekadar menahan rasa lapar dan dahaga, tapi kesedaran berpuasa itu semakin difahami tetapi masih lagi tak dapat mengawal nafsu menyambut kedatangan Syawal, walaupun ramadhan baru menampilkan diri.
Sibuk dengan persiapan baju raya, bukan hari raya kalau hanya berhari raya dengan sehelai baju kurung, tudung pula nak yang baru, tak nak pakai tudung yang sedia ada (tak ada seri la konon).
Kasut raya memang tak ketinggalan, demand memang tinggi.
Kalau boleh nak orang puji pada hari raya tu, "eh, cantiknya baju kau, tudung kau, kasut kau pun cantik la"

Zaman kanak-kanak, kehadiran bulan ramadhan memang tak dihiraukan.  Yang tau, bila masa berbuka, mesti banyak juadah berbuka terbentang di atas meja.  Memang tergugat iman.  Dah berbuka je, rasa semua makanan, sampaikan dah tak larat nak bangun, perut dah penuh dengan makanan, solat maghrib pun hujung-hujung je.  Peluang merebut segala solat tarawikh pun celang celup.

Zaman remaja, kehadiran bulan ramadhan sibuk menyibukkan diri hadir pada majlis berbuka puasa sana sini.  Terawih masih lagi tak sempurna.  Ada sahaja alasan, tak sempat 24 jam.  Kesuntukan masa membeli belah persiapan syawal dan tak terkecuali bila raja kemalasan bermaharajalela sehingga lupa kehadiran ramadhan begitu dihargai oleh muslim yang lain.

Tapi sekarang, saya harap kehadiran ramadhan kali ini lebih membawa penghayatan dalam diri sendiri & berpeluang melakukan ibadah serta mencari keredhaan & keberkataannya.  

Terpikat dengan ayat di dalam majalah solusi keluaran ramadhan&syawal.

Apabila datang dua orang tetamu kepadamu, kedua-duanya sama mulia.  Siapakah yang akan kamu sambut terlebih dahulu? Sudah tentu orang yang berada di hadapan, seterusnya yang dibelakang.

Tetapi dalam konteks kita menyambut kehadiran bulan ramadhan & syawal, kita seringkali menyambut kehadiran syawal terlebih dahulu berbanding ramadhan.  Mengapa? Sedangkan jika dikira kita harus menyambut kehadiran orang yang dihadapan dahulu, disertai orang di belakangnya.  

Maka, fahamlah bahawa, kita terlalu menantikan kehadiran syawal, sehingga terleka akan kehadiran ramadhan.


Semoga Ramadhan kali ini, membawa seribu erti & keberkatan dalam diri kita semua.. :)

 .::  Selamat Menyambut Ramadhan al-mubarak kepada semua umat islam  ::.










No comments: