Wednesday, March 28, 2012

BLACK & WHITE

Dahulu Aku Pernah,
Ibu Ayah hantar pergi tadika, tapi selalu je aku cabut lari.  Lari sekuat hati, balik rumah bila tiba waktu rehat.  
Ibu Ayah hantar pergi tadika, pergi berhantar, balik berambil.  Tapi aku buat hal.  Pergi berhantar, balik buat muka toyeee pergi naik van tadika entah pakcik mana yang ambil budak-budak tadika.  Dah naik, boleh senyap je bila lalu depan rumah aku, & tertidur sampai pakcik van tu kena pusing balik ke rumah, hantar aku dan aku berjaya membuang masa pakcik van tu.  Yabedabeduuuu..

Dahulu Aku Pernah,
Waktu rehat orang pergi makan kat kantin.  Aku boleh join budak lelaki ni, pergi tangkap LADYBIRD kat pokok mangga dekat padang.  Masa tu, bila dapat tangkap ladybird bangga gila sebab dapat kumpul binatang tercomel sekali. Akibatnya, kepala aku berdarah, kena kayu. Parut hingga sekarang.

Dahulu Aku Pernah,
Konon-konon bila dapat jadi pengawas sekolah, kuasa aku dah bertambah besar.  Ada budak lelaki yang bising masa beratur, aku pergi lempang budak lelaki tu tak semena-mena.  Budak lelaki tu terpaku dan aku secara otomatik rasa berpinar kepala otak. (mode - menyesal tak sudah)

Dahulu Aku Pernah,
Orang pergi rehat, boleh cukup waktu rehat tapi aku dan kawan-kawan boleh tak cukup masa dan tak pasal-pasal dapat cubitan azimat kat perut dengan cikgu perempuan. Sakitnyeeee..  Sampai sekarang aku ingat kejadian tu.

Dahulu Aku Pernah,
Bab masuk buat kerja sekolah.  Part subjek yang tak berapa aku nak minat terutamanya add math & kimia, mula la, datang sekolah pagi-pagi duk pinjam buku kawan yang dah siap.  Kawan yang boleh dikira best student memang biasa buku dorang di pass over pada kawan-kawan yang tak siap lagi. (tolong kawan katakan).  Bila ada yang tak sempat nak copy jawapan, mula la aku bukak kat part yang dah siap je.  Bila ada yang diminta tulis jawapan kat papan hitam, aku buat soalan yang aku tahu je, yang tak tahu, siap boleh exchange dengan buku kawan.  (Nak tunjuknya aku boleh jawab soalan tu.  Caittt)

Dahulu Aku Pernah,
Bila pergi sekolah je, memang muka aku la yang selalu lewat. Orang masuk sekolah 7.30 pagi, aku sampai gate 7.32, 7.35 pagi.  Macam-macam taktik aku buat, nak nye dilepaskan dari dicekup oleh pengawas sekolah.  Akhirnya, malang tak berbau.  Tupai jatuh ke tanah jua.  Terpaksalah aku bermuka tembok, berbaris di barisan depan sekali masa perhimpunan Ahad, depan cikgu-cikgu.  Adohaiii.  Lepas tu aku cuba bertaubat.

Dahulu Aku Pernah, 
Berpakat dengan kawan-kawan yang ada mak dorang satu tempat kerja, rahsiakan Hari Mengambil Report Card Sekolah, alasannya kami tak nak kena marah dengan mak ayah bila dorang tgk keputusan teruk. kami.  Dah namanya budak malas nak berusaha, macam tu la.  Tapi bila time result ok, tak menyempat bagitahu.  Siap remind banyak kali. Hampehh.

Dahulu Aku Pernah,
Konon-konon nak belajar pergi sekolah naik basikal.  Padahal aku bawak basikal pun tak stabil, ke kiri ke kanan.  Naknya cuba pergi sekolah naik basikal, siap melawan cakap mak aku.  Tak bagi ayah hantar aku pergi sekolah.  Pergi sejuk, penat mengayuh, balik panas terik, penat mengayuh, kesudahannya aku terbongkang balik sekolah petang tu.  Bahana nak naik basikal, lawan cakap mak aku, konon-konon nak tunjuk hebat naik basikal.  Baru aku tau langit tu tinggi rendah!

Dahulu Aku Pernah,
Balik sekolah nak try naik bas dengan kawan aku.  Nak tunjuk berdikari lagi sekali.  Tengah jalan, rasa macam ada rintik-rintik hujan.  Hati mula cuak, jalan selaju mungkin tapi akhirnya kami tertipu bukan hujan rupanya.  Tangki air sekolah sebelah yang bocor.  Kami terkena percikkan air tangki.  Owh, hilang keayuan kami. 
Penat berjalan di bawah panas terik, singgah di restoran fast food dengan kawan.  Order dua gelas milo ais.  Bila naik tingkat atas nak duduk, tiba-tiba terpikat dengan promotion menu yang pihak restoran letak atas meja.  Sebab promotion tu bentuk jam, boleh berputar-putar.  Kami buat kerja gila, pergi ambil hampir kesemua promotion stand tu atas meja seludup masuk beg sekolah.  Keluar restoran dengan muka selumberrrr je.  Aku pun tak tahu motif sebenar masa zaman otak singkat dulu.  

Dahulu kala Aku Pernah, buat segala kenangan manis & kurang lemak manis  dalam hidup.  Alasan untuk semua perlakuan, aku pun tak tahu.  Wakaka. Tapi semuanya tetap jadi ingatan.  Bila usia dah meningkat dewasa ni, mulalah berangan nak balik ke zaman muda-mudi.  Rasa nak enjoy lagi sekali zaman kegemilangan tu.  


Perubahan itu tidak salah.  CHILL  


Thursday, March 15, 2012

YA ALLAH

Ya Allah, berikan aku..
 

|♥| Sepasang mata yang mampu melihat kebaikan orang lain..
|♥| Sekeping hati yang mampu memaafkan segala kesalahan..
|♥| Minda yang mampu melupakan kepahitan
&
|♥| Jiwa yang tidak pernah rapuh imannya..

Siapa kita?

Siapa kata yang GAGAH itu hanya lelaki yang LEMAH itu hanya wanita..

Gagahnya wanita kerana empat perkara:


♥ Perempuan yang 
tahan menerima sebuah kehilangan.
♥ Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
♥ Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
♥ Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Ayunya lelaki kerana enam perkara :

♥ Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
♥ Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
♥ Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
♥ Lelaki yang tenang dan lapang dada.
♥ Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.
♥ Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.






♥♥ Tabahnya seorang wanita itu bila dia ditinggalkan & berada dalam kerinduan tetapi hatinya penuh dengan keredhaan.

Tuesday, March 6, 2012

AKU KEKASIHMU

Hati ini terpanggil untuk menghayati bibit bibit ayat, lagu yang sedang ke udara.

Allah Engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hambaMu menangis
Karna kemurahanMU
Karna kasih sayangMu

Hanya bila diriMu ingin nyatakan cinta
Pada jiwa jiwa yang rela dia kekasihmu
Kau yang selalu terjaga
Yang memberi segala

- [Di saat hatiku memang sedang berkecamuk, marah, malu, sedih dan kecewa, menghayati separuh daripada lirik lagu yang ke udara membuatkan hati rasa sungguh sayu.  Terasa mataku mula panas dan berkaca.  Dada mulai berdebar dan tangan bagaikan turut sama mengerti, bertukar menjadi sejuk dan terketar-ketar.]

Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud  memuji memuja asmaMu
Kau yang selalu terjaga
Yang memberi segala

Setiap makhluk bergantung padaMu
Dan bersujud semesta untukmu
Setiap wajah mendamba CintaMu CahayaMu

- [Dan sesungguhnya memang aku tersentuh.] 

- Mengapa aku nak berkecil hati hanya dengan satu teguran dan amarah daripada seorang hamba Allah jika dibandingkan dengan amarah Allah padaku?
- Mengapa aku nak berasa marah hanya dengan satu teguran dan amarah daripada seorang hamba Allah jika dibandingkan dengan amarah Allah padaku?
- Mengapa aku nak berasa malu dan kecewa hanya dengan satu teguran dan amarah daripada seorang hamba Allah jika dibandingkan dengan amarah Allah padaku? 

Ya, sesungguhnya aku insan yang lemah.
Kecil hati, marah, malu dan kecewa hanya dengan amarah hamba Allah di muka bumi.  Apalah sangat jika dibandingkan dengan amarah Allah selama ini?

Di saat aku hanya
Berada lebih dekat denganMu bila diri dalam keadaan kesusahan,
Jauh dariMu bila diri terasa telah dipermudahkan
Bersujud rendah kepadaMu bila diri inginkan kepastian,
Berpaling dariMu bila mula temui keputusan
Berdoa seikhlasnya padaMu bila diri mahukan pertolongan
MelupakanMu bila diberi kesenangan.


Namun, kau tak pernah lupa memperkenankan dan memberikan segala permohonan, keinginan dan pertolongan hambaMu.  

Ya Allah.
Sesungguhnya jika aku insan yang sering leka dan lalai dengan segala rahmatMu, Perbetulkanlah jalan dan cara hidupku.
Berikanlah aku hidayah dan petunjuk agar aku sentiasa mengingatiMu setiap saat ketika aku mulai goyah dan mula melupakanMu.
Ajarkanlah diriku erti Syukur, jika diri ini tidak pernah puas dan mensyukuri segala rezeki dan nikmat yang engkau limpahkan padaku.
Tabahkanlah dan cekalkan hati dan perasaanku pabila diuji dengan ujian dan dugaan kehidupan mendatangku.
Dan permudahkanlah segala urusan kehidupan di dunia dan di akhiratku sesungguhnya menjadi hambaMu yang terbaik adalah keinginanku.

Amiiin Ya Rabb Al-amin


SUBUH

Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. 
Allah SWT berfirman maksudnya:

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)