Saturday, April 21, 2012

Be Strong

Janganlah menangis kalau tidak tercapai cita-cita,
Bukankah Allah s.w.t. yang telah menentukannya?

Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas,
Mungkin dia bukanlah jodoh yang telah ditetapkan.  

Janganlah menangis jika gagal di alam peperiksaan,
Mungkin kita kurang membuat persediaan.

Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan,
Mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, 
Segala dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t.

Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata, 
Agar ia menitis membasahi dan mencuci hati,
Agar ia putih kembali dan semoga ia dapat melebur dosa-dosa.



<3 ashyma

No comments: