Wednesday, March 13, 2013

Yang selalu bersama

Di saat kita sedang bersedih. Siapa yang selalu bersama
Siapa yang kita harapkan untuk menguatkan kembali semangat yang hilang

Di saat kita kekeliruan. Siapa yang selalu bersama

Siapa yang kita harapkan untuk menenangkan segala kekusutan kita

Di saat kita hilang punca. Siapa yang selalu bersama

Siapa yang kita harapkan untuk kembalikan setiap langkah lurus di jalanNya

Di saat kita menginginkan pertolongan Siapa yang selalu bersama

Siapa yang kita harapkan untuk memimpin dan membantu kita dalam setiap kesukaran


Ternyata semuanya itu daripada bantuan & pertolongan Allah S.W.T


Kekadang kita alpa. Leka. 

Namun, setiap tangisan, permohonan, kehendak yang kita mahukan
Ternyata tak pernah dilupakanNya.
Gembirakah kita untuk segala perkenanNya ke atas diri kita.
Puaskah kita dengan segala pemberianNya di saat kita meminta-minta kepadaNya.


* Kekadang kita bahagia kerana bersyukur

* Hati gelisah kerana kadang kadang tiada sebuah 'kepastian' yang menjadi penyebabnya. 

Saturday, December 22, 2012

Break & Start

Assalamualaikum w.b.t & good Morning! 

It's been a long time tak update blog. 4 bulan blog dibiarkan tanpa teman.. :)

Kehidupan aku tak se'senang' dulu. 
Boleh bangun lambat, boleh berjalan-jalan tanpa arah tujuan, boleh online berjam-jam tanpa had batasan, boleh goyang kaki sambil tengok tv.. 

Zaman tu semua dah berakhir. 
Kehidupan & masa dah kembali tak terkawal. Banyak benda yang kena buat, selesaikan dalam masa yang dah ditetapkan.

Sekarang baru aku sedar bahawasanya kalau dah namanya 'student' memang tak kan pernah aman. Masa memang sentiasa mencemburui kita. Cewaaaahhh. Masa yang mencemburui kita ke, kita yang mencemburui masa. HAHA. 


Frankly speaking, 
Memang aku rindu time kerja dulu. 
Even penat, tak cukup rehat, tapi sekurang-kurangnya hati senang. Tak perlu fikir apa-apa. Sebab hidup 'single', kalau dah berkeluarga tak jugakkk senang hatinya.. :)



Love, 
Ashyma ^^,

Sunday, November 25, 2012

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a:


Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Jujur dalam berkata-kata.

2) Menjauhi segala yang haram.

3) Merendahkan diri.



Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Merahsiakan ibadahnya

2) Merahsiakan sedekahnya.

3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.



Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.

2) Menjauhi kejahatan.

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.



Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Mengawasi dirinya.

2) Menghisab dirinya.

3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Sunday, July 22, 2012

Ramadhan

Ramadan is not an excuse to sleep more,
It is a reason to sleep less. 

Ramadan is not an excuse to lose weight,
It is a reason to lose bad habits. 

Ramadan is not an excuse to be lazy, 
It is a reason to be active. 

Ramadan is not an excuse for a vacation, 
It is a reason to work harder. 

This Ramadan, promise yourself it will be different :)

Wednesday, July 4, 2012

Tuesday, July 3, 2012

Thousand Miles

ALLAH menguji keikhlasan apabila bersendirian. 

ALLAH memberi kedewasaan apabila ditimpa masalah.

ALLAH melatih kesabaran dalam kesakitan. 

&

ALLAH tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang, 

kecuali 

menggantikannya dengan yang lebih baik..


INSYAALLAH.



When you're going through something really hard 


you start wondering WHERE ALLAH IS...

just remember. 

A Teacher is always Quiet during a TEST... 


T______________________T''

Wednesday, June 20, 2012

Allah itu Ada

"Bila kita susah, kadang-kadang orang benci pada kita. Pada masa itu, kita lebih rapat dengan tuhan. Sebab tu orang susah merupakan orang yang rapat dengan Allah SWT. Kerana itu, saya sangat-sangat gembira jika dapat duduk bersama dengan orang-orang yang susah yang doa mereka lebih mudah diterima kerana rapatnya mereka dengan Allah SWT."

TGNA - 8 Julai 2010, Putik, Pengkalan Chepa.

Tuesday, June 19, 2012

Andai Itu Takdirnya


Ya Allah..Ya Tuhanku..
Jika pendampingku tlah Engkau lahirkan
Gerakan hatinya tuk menujuku , Pertemukanlah kami dlm sebaik-baiknya pertemuan tuk menuju Redha-Mu..
Kerana Engkaulah yg berhak atas hati hamba2-Mu..
Dan Engkau jua yg kuasa membolak-balikkannya..

Ya Rabb,
bila dia jauh,dekatkanlah..
Eratkan hati kami dlm ikatan kerana-Mu ,tautkan hatiku dgn hatinya yg sama2 mengharap & mendamba sebuah keinginan menuju redha-Mu..

Ya Allah...Yang Maha Pecinta
Pemilik cinta sejati ,Jikalau cintaku kau ciptakan untuk dia
Tabahkan hatinya..
Teguhkan imannya..
Tegarkan penantiannya..

Ya Rabb...Sang Pemilik Hati
Jikalau hatiku KAU ciptakan untuk dia ,Penuhi hatinya dg Kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan Cahaya-Mu ,Limpahkan kelapangan dikalbunya dengan kesabaran,Temani dia dlm kesepian..

Ya Rabb,
Tiada tempat ku bersandar Selain pada-Mu,
Kutitipkan cintaku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan sayangku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan rinduku pada-Mu untuknya..
Mekarkan cintaku bersama cintanya..
Satukan hidupku & hidupnya dlm Cinta-Mu..

Rabb....
Ku yakin bila saatnya sudah menghampiri,
Pasti kebahagiaan itu aku dapati..
Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dlm penantianku..

Ya ALLAH..
kirimkan dia yang dapat membawa kebaikan,
Baik bagi duniaku,akhiratku dan agamaku..
Agar kami sama2 berjamaah tuk tetap Menuju-Mu..
bimbinglah hati kami, Kuatkan hati kami..
Penuhilah dengan Rahmat & kasih sayang-Mu..



Aamiin ya Rabb...

Monday, May 14, 2012

Redha itu Membahagiakan

Dahulu
Aku pernah kecewa dan patah hati.
 Takdir seringkali disalahkan. 
Tujuan hidup bagaikan percaturan yang kabur

Namun

 Setelah jatuh, aku bangkit
 Belajar mengenal
Apa itu Redha
 Apa itu Ikhlas
Apa itu Hikmah kejadian

Masa ini
Aku faham
 Apa itu
SYUKUR 
 Terima kasih Ya Allah
Setiap percaturanMu Indah
Jauh dari impian HambaMu.



 

Saturday, April 21, 2012

Be Strong

Janganlah menangis kalau tidak tercapai cita-cita,
Bukankah Allah s.w.t. yang telah menentukannya?

Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas,
Mungkin dia bukanlah jodoh yang telah ditetapkan.  

Janganlah menangis jika gagal di alam peperiksaan,
Mungkin kita kurang membuat persediaan.

Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan,
Mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, 
Segala dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t.

Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata, 
Agar ia menitis membasahi dan mencuci hati,
Agar ia putih kembali dan semoga ia dapat melebur dosa-dosa.



<3 ashyma