Saturday, April 23, 2011

Minggu Final Examination

Bila tiba je 27hb April 2011.. Bermulalah minggu final examination cik bloggie.. Minggu yang pack bagai hanya dengan 1hari gap untuk setiap paper..

 

12 hari cuti mengulangkaji pelajaran.. Memang sangat lama.. Tapi bila cuti yang diberikan tak dimanfaatkan..   Seperti seorang budak seperti haku ni, minggu-minggu terakhir memang sangat bermakna..

Saya..
Bukanlah seperti orang lain..
Baca sekali je terus segala ilmu disimpan rapat dalam ingatan..
Bukanlah seperti orang lain..
Baca sambil berbaring di atas tilam empuk takkan pernah terlelap..
Bukanlah seperti orang lain..
Tak perlu revise segala nota-nota yang dah dibaca terus masuk dewan peperiksaan..

Saya hanya insan biasa..
Baca segala nota-nota berulang-ulang kali baru lekat di kepala..
Nescafe teman rapat untuk menjauhi 'mengantuk' si musuh ketat..
Berdoa agar diberikan daya ingatan,hafalan & kefahaman olehNya..
Yaasin & solat hajat peneman dikala keresahan..
Kismis 7 biji&air zam-zam supliment untuk hari-hari getir macam ni..

Saya memang budak yang malas, tapi setiap kali hari peperiksaan.. Usaha & bertawakkal meningkat dengan kadar maksimum.. 
First semestinya cuak bila result teruk nak gila, memang nampak sangat ko tak study kan.. & Time tu memang saje je cari nahas nk dengar bebel bebel dr ibu dan ayah.  
Second, sememangnya nak lulus dengan cemerlang la kan..  Adooiii..

Bila kadar gementar melebihi paras merbahaya..  Sebab scary gila dengan final exam..
Telefon mudah alih adalah medium terbaik untuk menenangkan diri.. Ayat yang tak perlu berubah sepanjang tempoh saya bergelar pelajar..
Hari ini hari peperiksaan orang.. Ibu&ayah tolong doakan&berikan agar semuanya dipermudahkan olehNya..
Lepas tu saya akan sedih..  Waaaaaaaaa

Sebab saya sedar..
Saya bukan seperti budak-budak bijak pandai di luar sana..
Sebab saya sedar..
Saya cuba untuk memberikan yang terbaik..
Untuk diri saya & terutamanya ibu&ayah..


"Selamat Menduduki Peperiksaan
&
Semoga kita semua dipermudakan olehNYa.."



Wednesday, March 30, 2011

Student & Waktu

 Siapa cakap menjadi student ni best??
Siapa cakap jawab test ni best??
Siapa cakap buat esaimen & presentation ni best??
Siapa cakap??
Siapa cakap??

warrgggghhh!!!!!!!



Hidup sebagai seorang pelajar memang best..
Itu kalau di awal semester..
Masih boleh berjoli katak..
Membuang masa di hujung minggu di mall-mall terkemuka..
Berminggu-minggu pulang ke rumah.. 
Makan sedap, tidur sedap, hati pun sodap..

Tapi bila dah nak habis minggu kuliah..
Semua pelajar akan rasa..
Kepantasan masa berlalu..
Ketegangan segala urat-urat muka, urat kaki, urat kepala..
Kekacauan minda & emosi yang memang tak pernah stabil..

Masa ni semua akan jadi kacau bilau..
Mana tak nya..
Semua jadi stress..
Lagi malang..
Ntah siapa-siapa je yang kena hamburrr bila kesilapan muncul..
Hahahhaa..


Itulah yang sedang melanda diri cik bloggie..
Berderet-deret tugasan yang menunggu giliran..
&
Berbonjol-bonjol dah rasanya otak cik bloggie ni..
Aduhaiii..





2minggu je lagi.. Tapi lambatnya masa berjalan..
Tolong..
Tolong ingatkan aku..
Tentang studi week..
Mau rehat..
Rehat..
& Rehat..
:))

Thursday, March 17, 2011

When You Are Down

U ols pernah rasa..
Down..
Se down yang mungkin..
Bila dah rasa down bagai nak gila..
U ols buat apa??
Menjerit di tepi pantai..??
Tepi tingkap.. (tapi jangan terjun udah le :) )
Tidur sehingga mencecah lebih 24jam..??
Lempang kuat-kuat pipi gebu u ols tu..??
Maki hamun segala yang u ols nak maki..??
Meluangkan masa di atas tikar sejadah..
Sambil berfikir segala buruk baik..??
Atau apa yang u ols buat??

Mengadu pada yang Esa..
Memang langkah yang bagus..
Sebab DIA tak pernah mengecewakan hambaNya yang meminta..

Tapi salah satu cara yang boleh diguna pakai..
Untuk bagi diri lebih motivated dari situasi yang sungguh down..
U ols boleh google..
Quotes / any philosophy tentang life..
or something yang related dengan situasi down u ols tu..
InsyaAllah..
Semua benda kalau kita berpositif..
Semua akan jadi positif..
Kalau negatif..
Negatif la jawabnya..

"You can discover more about a person in an hour of play than in a year of conversation."--Plato

"Always forgive your enemies. Nothing annoys them so much."--Oscar Wilde
"Better to fail with honour than to succeed with fraud."--Sophocles

"Praise in public, criticise in private."--AJ2008
"Materialism: buying things we don't need with money..
We don't have to impress people that don't matter."

"Cheerfulness will open doors when other keys fail."

"Every problem has a gift for you in its hands."--Richard Bach
 
"Sometimes the best things in life happen after you've done..
What you're 'supposed' to do and are free to follow your dreams."

"It is hard to fail, but it is worse never to have tried to succeed."--Theodore Roosevelt

"Whatever you are, be a good one."--Abraham Lincoln

When we remember we are all mad..
The mysteries disappear and life stands explained.  ~Mark Twain
 
Before you talk about what you want - appreciate what you have.
 
(^^,)V
till then.. 


Monday, March 7, 2011

P.E.N.A.N.G

Hai blog.. 
 Lama tak jenguk blog kan.. Cik bloggie sibuk sikit la blog..
Banyak kuiz, assignment yang nak kena hantar..
Plus pulak, dah 2minggu berturut-turut cik bloggie balik rumah..
Hahahahaha.. 
Ini bukan kerja gila ye blog.. Tapi kerja di masa lapang..
BALIK RUMAH.. 

Entry kali ni cik bloggie nak merepek tentang..
P.E.N.A.N.G!!!
Best tau blog pergi sana.. Rasa aman je.. 
Sebelum ni cik bloggie pernah jugak ke sana..
Tapi tak ada la rasa best macam last week.. 
Cik bloggie pergi sana pun sebab nak jumpa family..
Kebetulan mereka jenguk adik cik bloggie kat uitm Penang tu kan..
So, memang takkan lepaskan peluang la.. 
Jeles you.. Haha..

Cik bloggie pergi sana tumpang classmate.. 
Kebetulan dia pun nak balik rumah.. Alhamdulillah la kan..
Perjalanan cik bloggie selama 5jam.. Baru la sampai ke Penang tu ha..
Nak jumpa family punya pasal, sanggup bersusah payah.. Tak apa kan blog.. :)
 Dah sampai, terus cik bloggie ke hotel..
Jumpa family la apa lagi.. 

Malam, ingat nak ke Queensbay Mall..
Tapi kami keluar pun dah lambat.. 
Kami just pergi ke Summit Mall je la..
Mall ni, not bad.. Ok la.. Berbaloi ke sana..
Dah malam, perut pun dah lapar..
Ayah cik bloggie ajak dinner.. 
So, adik cik bloggie bawak la ke area Penda tu.. (eh betul ke?? lebih kurang la tu..haha)
Order nasi lemak.. 
Wow! memang tip top la nasi lemak dia.. Sedap gila.. 
Dah habis makan, kami ke Night market..
Depan medan selera Penda tu je..
Night market kt sini boleh dibayangkan
Macam Wakaf Che Yeh, Kelantan tak pun Danau Kota tu ha..
Macam tu la.. Cuma kedai tak banyak je.. 

Then, the next morning.. 
Lepas check out.. Kami berjaya memujuk ayah..
Untuk ke Queensbay Mall.. Kalau ikutkan, ayah dah nak balik.. 
Tapi akhirnya keputusan berpihak kepada kami yang kuat meronggeng ni.. Hahah..
Bila dapat pergi QB memang syok la semua orang.. Tak sabar..
Gila awal kami sampai.. 1030pagi.. Kedai baru nak bukak.. =)
Then, lepas semuanya selesai..
Kami dah hantar adik cik bloggie ke rumah sewanya..
Kami pun pulang ke rumah..

Ni je gambar yang sempat cik bloggie sempat snap..
Bateri handphone dah kong.. Tak dapat nak snap byk2.. Hish!

View dari level 14 hotel kami menginap.. Ni gambar lepas subuh.. 
Kalau time malam.. Lagi cantik..

Jalan raya lengang lagi.. Awal pagi la katakan.. :)

 Selepas breakfast, kami menuju ke Queensbay.. 

 Dari jambatan Pulau Pinang terus nampak building di seberang..

 Tadaaa.. Here it comes.. Jambatan Pulau Pinang..

 Tak tau pantai ke apa.. Tapi very nice view..

 Dari Queensbay.. Nampak jambatan Pulau Pinang tu ha.. Nampak tak??

Kami dah menghampiri Queensbay Mall! Yippi!!

  QB here we come!! .. 

 Masuk je mall ni, terus nampak pameran kereta.. Polo pun ada..
Selama ni nampak dari dalam kereta je.. Bila dah jumpa.. 
Bergambar sakan la cik bloggie.. Nak beli memang tak ada duit la.. 
Berangan je la yang mampu.. Hahaha..
Cik bloggie dah jalan ke depan.. Nak tengok kedai-kedai..
Tapi akhirnya dikejutkan dengan berita adik cik bloggie yang bongsu..
Dah PAU kau-kau ayah cik bloggie dengan eskem HAAGEN-DAZS ni ha..
Bukan main senyum melebar betul.. Kurang asam punya budak..  

Bila dapat tau dia je yang dapat.. Kami adik beradik yang lain pun apa lagi..
Bergilir-gilir la cilok eskem budak ni.. Mana boleh kaut untung sorang-sorang.. Hahaha..

Dah penat pusing mall ni walaupun tak habis.. 
Sebab besar.. Boleh diibaratkan macam One Utama tu..
Cik bloggie pulang dengan tangan kosong.. 
Ouh.. Sungguh hampa.. Tak ada yang berkenan.. 
Sadis betul la.. Adohai.. 
Lastly yang dapat.. Adik & ayah cik bloggie je.. Sabar je la..

Suami & isteri sedang melihat baju yang telah menarik hati..
Sepasang anak lelaki duk sibuk ikut belakang bontot.. Konon-konon nak tengok jugak..
Nasib la mereka tak pau.. Kalau tak.. Bengang betul cik bloggie.. :)

 Ibu cik bloggie sedang buat survey.. Sementara tunggu ayah dlm fitting room..
Bodyguard dua orang tu sangat menyibuk.. Abaikan mereka..
Lastly tak ada juga yang berkenan.. Kesian ibu.. :'(

Akhirnya ayah berjaya! Ooohh..kenapa cik bloggie tak dapat apa-apa?? 
Redha saje la.. :(

Bila semuanya dah settle.. Kami pulang meninggalkan Queensbay Mall..
 Insyaallah.. Next time kami datang lagi..
Penang is a nice place to go.. :)

  BYE-BYE QUEENSBAY MALL..

BYE-BYE PENANG..
Love You.. 
(^^,)V










Thursday, February 24, 2011

Jangan Buat Orang Yang Mencintai Kamu Kecewa

Tiba-tiba best pulak baca ayat-ayat yang cousin share kt fb..
Lepas baca semua ayat-ayat ni, memang serius betul..

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. 
Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli!
Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya.. Di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik.. 
Walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini.. Dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti
‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
Walaupun kamu tidak membalas SMS-nya.. Kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya..
Menyatakan dalam cara yang berbeza.. Bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan..
Setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu..
Bahkan mungkin kejadian.. Yang kamu sendiri sudah melupakannya.. Kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya Dan saat itu.. Matanya pasti berkaca.. Kerana saat bersamamu itu tidak mungkin berulang..

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan..
Bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri.. Lupa pernah mengungkapkannya..

Berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kamu tuturkan padanya..
Dan akhirnya kamu musnahkan?
Pasti kamu lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu..

Kerana kesukaan kamu kesukaannya juga..

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk..
Dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian.. Dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung..
Dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya.. Yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa.. Tetapi baginya barang itu sangat istimewa

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat.. Ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu..
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya

14] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain.. Dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran..

Dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu.. Pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

15] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL..
Seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari.. Atau Mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS.. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

16] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu.. Dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala.. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu..
Dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

17] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar.. Walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu..

18] Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi.. Sebahagian besar INBOX-nya.. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan.. Dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya

19] Jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya.. Dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu.. Walaupun hal itu membunuh hatinya.

20] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan.. Dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya.. Dia tak pernah mencari orang lain.. Dia sentiasa menunggu kamu

21] Orang yang begitu mencintaimu.. Tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan..
Walaupun hatinya meronta ingin mengetahui..

Saat kamu pinta dia berlalu..
Dia pergi tanpa menyalahkan kamu..
Kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta..
CINTA TIDAK BOLEH DIPAKSA..






Monday, February 14, 2011

Maulidur Rasul

Hari ni, 15 Februari 2010 bersamaan 12 Rabiulawal..

Ok blog, bersempena dengan maulidur rasul ni, 
Jom, kita luangkan beberapa minit 
Untuk berselawat ke atas junjungan kita..
Nabi Muhammad s.a.w



Ok..
Cik bloggie rasa.. 
Kamu semua dah meluangkan sedikit masa untuk berselawat bukan..
Alhamdulillah..
Semoga baginda sentiasa di hati kita..


Last but not least..
Salam Maulidur Rasul :)


(^^,)

Wednesday, February 9, 2011

Wanita Yang Indah

Terpaku bila cik bloggie baca ayat-ayat ni..
So, saje-saje je cik bloggie nak share pada semua di luar sana.. :)
 .......................................................................................


Aduhai wanita sungguh mahal pandangan mu di mata lelaki..
Tapi kenapa masih ada lagi yang tidak menyedari? 
Dirimu terlalu agung di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi penciptaMu
Menjadi wanita adalah satu anugerah yang tepaling indah
Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu
Lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkah mu
Halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai 
Masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu

Wanita ku
Terima saja makian yang bederu deru ibarat halilintar yang singgah di cupingmu
Terima saja itu dengan senyuman
Ambil sebagai halwa telinga yang mengajarkan mu erti kesabaran
Itu sebenarnya dendangan sumbang dari bibir bibir sumbing yang ingin melihat mu sungkur Percayalah akan ada berita manis yang singgah dicupingmu suatu masa nanti 
Asal saja gunung kesabaranmu tidak pernah kau tarah.

Saudara wanitaku
Iman mu adalah perisai
Agamamu adalah landasanmu disetiap langkah yang kau atur
Jangan sesekali kau biarkan anasir songsang memperkotak katikan iman mu apatah lagi agama yang kau kandung
Hanya kerana nikmat duniawi semata mata
Jangan kau gadaikan maruahmu yang tidak ada galang gantinya 
Hanya kerana mengejar sesuatu yang tidak mungkin bisa kau kendong
Andai kata kau tersungkur
Segeralah bangkit dan sekiranya kau tersasar jauh dari landasan hidupmu
Atur kembali langkahmu bersama titipan iman 
Mulakan dengan langkah yang baru
Jangan bersedih wahai wanita andai apa yang kau ingini tidak kau beroleh di dunia
Syurga itu sentiasa menanti mu
Bulatnya iman dan takwa sumaiyah ketika di hunuskan tombak ditubuhnya, demikian jugalah bulat iman mu harus kepada penciptaMu

Peganglah kata kata ini, 
"kau sebenarnya tidak akan tersasar seandainya keimananmu 
kau jadikan sebagai tunjang dalam kehidupan".

Wanita
Biar tawadukmu lebih menggungung daripada kejelitaanmu
 Biar keayuan mu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilaku
Biar kebijaksanaan mu terpampang oleh tingginya ilmu mu
Jangan sesaat pun kau lupa setianya masyitah pada Tuhannya
Agungnya kasih khadijah kepada agamanya dan perjuangan srikandi srikandi agama terdahulu
Jadikan agama mu sebagai tunjang yang memperkasakan akidah mu
Biar kesabaranmu manjadi benteng perjuanganmu 
Lebarkan iman mu dengan sejuta lapis sifat mahmudah
&
Jadilah kita wanita paling bahagia...


p/s : sumber dari google.  

Berperang dengan Kesesakan

Jumpa lagi ye blog kita kt sini.. =)
Cik bloggie baru saje menjadi mangsa kesesakan jalan raya..
Sesak masa cik bloggie nak balik puncak alam selepas cuti mid term seminggu haritu..
Haish.. Teramat la penat & macam nak patah pinggang ni wahai blog..
Mana taknya, sampai terminal klang, pukul 11.30mlm, gara-gara jam yang teruk tu.. =(
10 jam kot, baru sampai klang..
Sungguh sadis sekali..
Blog tak percaya?? 
Hah, meh cik bloggie buktikan..

Tadaaaaaaaaaaaaa...

 Mula-mula, jalan bukan main lengang.. 

Deretan kereta pun menjelma.. 

Kereta beratur panjang.. Macam queue nak beli makanan kat kantin sekolah..

Kereta semakin banyak, membuatkan diriku hilang arah..

  Dari pagi sampai ke malam kereta tak berkurang jua.. 
Bila sampai highway LPT lagi la mencurah-curah ke ladang gandum keretanya.. Haish!

Ha, lawa kan lampu-lampu kereta blog?? 
Haritu highway tidak kesepian&Diterangi oleh cahaya yang bergemerlapan.. 
(Sangat stress dengan keadaan jam yang sebegini teruk) =(

Keadaan yang sangat teruk telah menguji kesabaran betul.. Huhu



Ha, sekarang dah percaya??
Cik bloggie tahu, ramai yang tersekat dalam keadaan jam yang boleh tahan teruk haritu..
Nak-nak siapa yang keluar dari LEBUHRAYA PANTAI TIMUR(LPT)
Kereta dari arah Terengganu & Kelantan tersangat lah banyak..
Tak terkira rasanya..
Dalam kebengangan dengan keadaan jam yang macam ni..
Ada juga rasa gembira..
Gembira bukan apa.. 
Boleh tengok kereta yang pelbagai jenis.. Hahaha..
Tambah pulak, lampu-lampu kereta yang menyala..
Owh! Sungguh cantik sekali.. =)
(saje sodapkan hati den sendiri..)