Saturday, January 14, 2012

Redha disebalik Ujian Allah

Ayat 2 Surah al-Ankabut:
Yang bermaksud:
"Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt."
Suatu peristiwa bila mana Saad bin Abi Waqash bertanya kepada Nabi saw..
"Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling teruk kena uji?"  Lalu jawab Rasulullah saw, "Yang paling teruk kena uji ialah para nabi dan para rasul, kemudiannya golongan yang mengikut para nabi selepas zaman nabi (tabiin) dan kemudiannya golongan selepas tabiin yang mengikut para tabiin."
Allah s.w.t. berfirman:
"Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" (Surah At-Taghabun:11)
Allah s.w.t. berfirman:
"Orang-orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram" (Surah Ar-Rad:28)

.:: Ujian Allah, membolehkan diri ini sebagai hambaNya menilai kelemahan dan kelebihan dalam diri sendiri..  Sesungguhnya, Allah tidak akan menguji lebih dari kemampuan hambaNYa.. ::.

- Andai Belum Masanya -

ALLAH
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.


YA ALLAH
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.


YA ALLAH
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga. 


YA ALLAH
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.


YA ALLAH
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

- AMIIINN -

Thursday, August 11, 2011

Pintu Hati

"Cinta itu Buta.. Cinta juga yang Membutakan hati.."


Goodbye sad time stories..  

&


in years ahead..

Sunday, July 31, 2011

Apa Erti Ramadhan


Assalam semua..
1hb Ogos 2011, bersamaan 1 Ramadhan 1432 Hijrah, merupakan hari pertama kita menyambut kedatangan bulan ramadhan al-mubarak ini..
Apa persiapan mental,fizikal & jasmani anda semua? Adakah kita mahu menjadikan bulan ramadhan kali ini lebih bermakna & berlumba-lumba mengejar keberkatannya?
Insyaallah, jika ada usaha & keazaman untuk berubah & merasai kenikmatan bulan ramadhan ini dengan bersungguh-sungguh, kita pasti dapat merasai kemanisan bulan ramadhan.

Pengertian ramadhan yang dahulu dari perspektif kehidupan saya sendiri:

Zaman kanak-kanak & remaja dulu, pengertian bulan ramadhan saya masih belum tercapai dek akal.  

Zaman kanak-kanak, puasa hanya disebabkan terpengaruh dengan kata-kata ibu&ayah kita "Siapa yang tak cukup puasa, tak boleh raya, tak dapat duit raya, tak boleh pakai baju raya"

Zaman remaja pula, puasa bukan sahaja sekadar menahan rasa lapar dan dahaga, tapi kesedaran berpuasa itu semakin difahami tetapi masih lagi tak dapat mengawal nafsu menyambut kedatangan Syawal, walaupun ramadhan baru menampilkan diri.
Sibuk dengan persiapan baju raya, bukan hari raya kalau hanya berhari raya dengan sehelai baju kurung, tudung pula nak yang baru, tak nak pakai tudung yang sedia ada (tak ada seri la konon).
Kasut raya memang tak ketinggalan, demand memang tinggi.
Kalau boleh nak orang puji pada hari raya tu, "eh, cantiknya baju kau, tudung kau, kasut kau pun cantik la"

Zaman kanak-kanak, kehadiran bulan ramadhan memang tak dihiraukan.  Yang tau, bila masa berbuka, mesti banyak juadah berbuka terbentang di atas meja.  Memang tergugat iman.  Dah berbuka je, rasa semua makanan, sampaikan dah tak larat nak bangun, perut dah penuh dengan makanan, solat maghrib pun hujung-hujung je.  Peluang merebut segala solat tarawikh pun celang celup.

Zaman remaja, kehadiran bulan ramadhan sibuk menyibukkan diri hadir pada majlis berbuka puasa sana sini.  Terawih masih lagi tak sempurna.  Ada sahaja alasan, tak sempat 24 jam.  Kesuntukan masa membeli belah persiapan syawal dan tak terkecuali bila raja kemalasan bermaharajalela sehingga lupa kehadiran ramadhan begitu dihargai oleh muslim yang lain.

Tapi sekarang, saya harap kehadiran ramadhan kali ini lebih membawa penghayatan dalam diri sendiri & berpeluang melakukan ibadah serta mencari keredhaan & keberkataannya.  

Terpikat dengan ayat di dalam majalah solusi keluaran ramadhan&syawal.

Apabila datang dua orang tetamu kepadamu, kedua-duanya sama mulia.  Siapakah yang akan kamu sambut terlebih dahulu? Sudah tentu orang yang berada di hadapan, seterusnya yang dibelakang.

Tetapi dalam konteks kita menyambut kehadiran bulan ramadhan & syawal, kita seringkali menyambut kehadiran syawal terlebih dahulu berbanding ramadhan.  Mengapa? Sedangkan jika dikira kita harus menyambut kehadiran orang yang dihadapan dahulu, disertai orang di belakangnya.  

Maka, fahamlah bahawa, kita terlalu menantikan kehadiran syawal, sehingga terleka akan kehadiran ramadhan.


Semoga Ramadhan kali ini, membawa seribu erti & keberkatan dalam diri kita semua.. :)

 .::  Selamat Menyambut Ramadhan al-mubarak kepada semua umat islam  ::.










Saturday, June 18, 2011

Who?? My Father

19th June, it's Father's Day.. Have you wish/celebrate it with your beloved father??

Golf, your favorite sport ayah.. :)

Cik bloggie pun tak sempat nak celebrate.. Being a part timer yang jauh dari family mmg membataskan segala aktiviti keluarga..  Tapi itu semua cik bloggie buat demi RINGGIT MALAYSIA.. :) Korang bayangkan la, cuti sem 3bulan, ye berbaloi kalau kerja kan..  At least, dpt la jugak income & bljr mencari duit sendiri.. 

Di sini cik bloggie nak ambil kesempatan..
Mungkin ayah, tak baca blog cik bloggie ni..  Tapi cik bloggie nak juga buat dedikasi ucapan pada ayah..(^^,)V

I wanna say :


Ayah..
Terima kasih sebab sentiasa hantar kak long pergi sekolah pagi-pagi sampai ayah kena masuk office sebelum waktunya & selalu drive laju-laju kalau jam dah dekat 7.30pg supaya tak nak kak long lewat pergi sekolah & selalu ingatkan kak long makan di kantin office ayah kalau ayah ada case dlm court sementara tunggu ayah sampai habis court session..


Terima kasih sebab menjadi ayah yang baik & adil pada semua anak-anakmu..

Terima kasih sebab sentiasa call kak long di setiap pertengahan bulan tanya duit bulanan mencukupi atau tak, sentiasa membiayai perbelanjaan bulanan&pembelajaran kak long memandangkan ptptn yang ciput tu memang tak mencukupi..(sangat jelez dgn kwn-kwn yang dpt pinjaman penuh..)


Terima kasih, sebab sentiasa support tambang pergi balik rumah setiap dua minggu dari tempat belajar disebabkan anak beliau mmg dasar HOMESICK walaupun anak paling tua..


Terima kasih sebab menyediakan segala keselesaan di rumah sebab memahami KELEMBIKAN anak-anaknya & menyediakan segala kemudahan belajar untuk anakmu ini yang konon-konon nak belajar hingga ke tahap tertinggi..(Insyaallah.. semua ni untuk jasa ibu&ayah)


& 
Ucapan yang tak terhingga..  Terima kasih sebab memBAHAGIAkan kami sekeluarga.. 


Terima kasih AYAH!!!!







.:: If I was offered > between a million dollars or the greatest dad in the world.. I'd take the million dollars b'cause I already have the GREATEST AYAH in the world.. U're someone to be proud of b'cause you're such a kind & special person who puts others first ::. Happy Father's Day!!! ♥ YOU.. (^^,)


Monday, June 6, 2011

10 Ways on How to Cope with a break up

Korang semua penah rasa putus cinta/diputuskan cinta?  It takes time to heal right?  Kadang-kadang sampai rasa lost gila..  Am I right..??  
So, google punya google, akhirnya terjumpa dengan cara-cara yang sedikit sebanyak dapat mengubat mana-mana hati yang terluka tu.  Semua ni teori tapi individu masing-masing juga kena ada motivasi yang tinggi untuk berubah.. 

1]  Accept the end
Mula-mula, kita kena terima semuanya dah berakhir..  Do not cling onto the hope that a miracle would happen and things would go back to normal.  Tolong terima kenyataan & cuba lupakan si dia & yakin bahawa ada lagi insan yang lebih berhak mencuri hati kamu..

2]  Respect yourself 
Never blame yourself for a break-up.  Jangan pikir kamu yang sebenarnya yang bersalah sampai relationship korang hancur punah segala.  Ingat semua orang tak sempurna.  Masing-masing ada kekurangan diri & hanya seseorang yang dapat menerima kekurangan pasangan mereka yang dapat mengenal apa itu erti cinta.  Respect yourself enough to give yourself another chance to be happy.

3]  Pamper yourself for a while
Korang paham apa itu pamper? Do something you love.  Dah, jangan pikir tentang segala barang yang lepas, cuba something new yang boleh buat kamu lupakan si dia..   Try pergi spa buat urutan badan ke, facial ke [dengan harapan, berubah untuk lebih cantik.  Korang punya sikit cantik, baik, lemah lembut, dia boleh tinggalkan korang macam tu je.. Haish, memang tak patut.. :) ]

4]  Connect with your family
Korang mesti realize kan selama korang duk angau, gila bayang masa untuk bersama family, teman rapat diminimumkan.  Ye la, dah semua masa korang duk spend pada yang tersayang(masa tu la).  Sekarang, You will realize how much love you are taking for granted while you are crying for the one love that is no more yours.  Korang cukup bertuah ada family, close friends yang masih lagi bersama kamu, walaupun si bedebah tu tinggalkan korang.

5]  Allow yourself to heal
Do not throw yourself into new relationships immediately after a break up.  Jangan la gelojoh sangat beb! Takes time.  Jangan nampak sangat korang tak boleh hidup tanpa si dia.  Tunjukkan pada semua, kamu kuat, & setakat putus cinta di tengah jalan/cinta tak kesampaian, semua tu tak ada hal la buat korang. 

6]  Forget the revenge mode
Ha, point ni bagus.  Jangan ada DENDAM KESUMAT dalam hati kamu.  Let bygones be bygones.  Balas dendam tak membahagiakan diri kamu walau sedikit pun.  When you hate or plot for revenge, you can never let go of the past. Remember, "Revenge is the confirmation of pain."  Akhirnya korang jugak yang makan hati balik.  Kalau sikit tak pe, ni makan ati ulam jantung terus, baru tersedak korang.. ;)

7]  Take up a new hobby 
Mempunyai hobi baru jugak dapat membantu.  Use that time to enjoy yourself.  Cuba masuk kelas tarian ke, pergi kelas bimbingan & kaunseling ke, tak pun cuba dekatkan diri dengan Yang Esa.  Semua yang berlaku di atas kehendakNya, mungkin si dia memang tak butuh untuk kamu.. 

8]  Time is the best healer
Realize that the hurt would leave you gradually just as a wound would gradually heal.  Semua benda memerlukan masa untuk kembali ke sediakala.  Jadi, jangan terlalu sedih, biarkan masa yang mengubati luka kamu.  Tapi dengan syarat, korang kena la cuba lupakan si dia selaras dengan masa, jangan duk ingat,murung sedih je.  Macam tu sampai bila nak hilang sakit hati tu, silap-silap makin sakit hati bila korang ternampak si dia dengan orang lain.  Huhu..

9]Move on
Kamu mesti cuba untuk kembali kuat seperti dulu kala.  Keep yourself surrounded by well-meaning friends and family with whom you could openly converse regarding your feelings.  Luahkan segala gundah gulana perasaan kamu pada insan yang dipercayai.  Bila sesi luahan berakhir, kamu pasti lega dan waktu tu, cuba untuk kumpul kembali kekuatan kamu.  [putus cinta je kot, orang yang bercerai tu lagi teruk dugaan mereka]
 
10] Everything happens for the good   
Ingat semua yang berlaku mesti ada sebab.  Tak yah la korang nak bengkakkan mata sendiri, peningkan kepala, sakitkan tekak dengan meraung mengalahkan orang gila.  This is just a step in your journey towards finding the true love of your life.  So, buat apa korang nak jadi orang gila kan.  Berubah, nanti korang akan dapat pasangan yang lebih baik daripada cinta kamu di zaman dahulu kala. :)


As life goes on, bring happiness to the fullest.. :) 
Till then..

Sunday, June 5, 2011

Nora Elena - TERBAIKK!!

Wow.. Agak lama cik bloggie tak muncul di sesawang belog ni.. Kinda bizi sket..  Tup tup.. Muncul dengan entry baru..  Nora Elena!!! (Ni bukan entry baru)..  Walaupun cerita ni dah lama tayang kat tv, baru sekarang cik bloggie ada masa nak post entry ni.. Hahaha..

Drama ni bukan kemain top lagi & menjadi bualan hangat kaum-kaum hawa..  [esksekiusme.. Kaum adam pun bercerita jugak ok! :)]  Mana taknya.. Jalan cerita yang sangat sweet di tambah lagi dengan pelakon-pelakon yang sedap mata memandang, di up lagi dengan sikap Seth Tan yang very very gentlemen & caring gila & tak terkecuali lakonan Siti Saleha yang berjaya memaut hati penonton even beliau pelakon baru..  Thumbs up!!
Disebabkan penyakit gila bayang cik bloggie menggunung tingginya, sampaikan cik bloggie bersusah payah pusing satu Popular bookstore JJ Cheras Selatan mencari buku Kasih Yang Suci - Meen Zulaikha ni..  Apa lagi balik je rumah terus baca, dalam tempoh 1hari terus habis wa cakap lu.. Hahaha.. Tgk drama dah best kan.. Baca novel lagi best woo.. Sebab konflik dia best sket.. Hehe.. [Ha,sape-sape nak dptkan novel ni, silalah datang ke lokasi yg telah diberitahu.. Time cik bloggie beli, stok bku tu baru sampai.. Insyaallah ada lagi.. :) ]

 RM 19.90

TV3 [ 7:00-8:00P.M]

Ok, till then belog..  
Jangan lupa tengok Nora Elena esok..  
Kalau terlepas, www.tonton.com.my pun ada.. 
Sekarang semuanya di hujung jari sahaja.. Hehe..
(^^,)V

Tuesday, May 24, 2011

Why, girls??




"Why do girls run from the ones that make them happy.."
&
"Fight for the ones that make them cry?"

Monday, May 23, 2011

JODOH ITU RAHSIA ALLAH

Seronoknya tengok *$#%*, tiap-tiap malam keluar dinner dengan boifren dia.. Alangkah indahnya kalau hari-hari pergi balik kuliah dengan boifren macam si *$#%*.. Macam rasa dihargai betul si *$#%*, boifren dia betul-betul ambik berat.. & macam-macam lagi lah persoalan yang korang nak tanya.. Am I right??

Entry kali ni cik bloggie nak membebel tentang kenapa jodoh kita(pada yang single saje ok) lambat sampai.. Cik bloggie dapat info ni dari satu artikel daripada seorang penceramah..

Kita tak payah buang masa, sekarang jom scroll ke bawah, tengok apa yang beliau bagitau..

1. Usaha Kita Belum Sempurna:
Kita dah berusaha, tapi tak sampai ke matlamat yang hendak dicapai.. Kadang-kadang, kita mudah putus asa, jadi usaha kita tu tak menjadi.. So, kita kena cuba, cuba dan cuba lagi..

2. Belum Benar-benar Bersedia
Kita dah ada pasangan tapi sebaliknya kita belum bersedia.. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri. Orang yang sanggup tempuhi apa sekalipun yang datang di masa akan datang..

3. Tiada Daya Penarik
Bila ada daya penarik, kita dapat menarik sesiapa pun menyayangi kita termasuklah bakal pasangan kita..  Yang menjadi masalahnya, bila kita tiada daya penarik.. Cubalah berfikiran positif & perbanyakkan istighfar, solat hajat, istikharah dan sebagainya untuk mencuci hati kita.. Maka, kita dapat menarik orang lain menyukai kita..

4. Doa Tidak Makbul
Berdoalah untuk untuk mendapatkan jodoh.. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa kita masih tak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya.. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.. Jadi, bersihkanlah hati kamu.

5. Restu Ibu Bapa Belum Total
“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak.. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi.. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh.. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan.. Ini satu masalah yang besar.

6. Faktor Metafizikal
Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.. Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.. Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.. Nauzubillah.. Mintak dijauhkan ciri yang ke 6 ni kan kawan-kawan..

Ok, sekarang kamu rasa ada tak salah satu ciri-ciri tu ada pada diri sendiri..  Kalau ada, berubahlah.. Ye la siapa yang tak nak ada pasangan tersendiri.. Betul tak?

Semoga kita lebih baik daripada masa lepas.. :)

Jumpa lagi.. (^^,)V

Wednesday, May 18, 2011

Rintihan

Ya Allah.. 
Engkaulah Maha Mendengar.. 
Setiap rintihan hambaMu yg menderita..

Maka dengarkanlah rintihannya, kabulkanlah doanya..

Sembuhkanlah siapapun yg terluka hatinya.. 
Ubahlah deritanya menjadi kebahagiaan.. 
Kepedihannya menjadi kesabaran & kesedihannya menjadi kedamaian..
 Ya Allah..

Hanya kpd Engkaulah kami bertawakal..
& 
Hanya kpd Engkaulah kami memohon pertolongan..