Thursday, March 15, 2012

Siapa kita?

Siapa kata yang GAGAH itu hanya lelaki yang LEMAH itu hanya wanita..

Gagahnya wanita kerana empat perkara:


♥ Perempuan yang 
tahan menerima sebuah kehilangan.
♥ Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
♥ Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
♥ Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Ayunya lelaki kerana enam perkara :

♥ Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
♥ Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
♥ Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
♥ Lelaki yang tenang dan lapang dada.
♥ Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.
♥ Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.






♥♥ Tabahnya seorang wanita itu bila dia ditinggalkan & berada dalam kerinduan tetapi hatinya penuh dengan keredhaan.

Tuesday, March 6, 2012

AKU KEKASIHMU

Hati ini terpanggil untuk menghayati bibit bibit ayat, lagu yang sedang ke udara.

Allah Engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hambaMu menangis
Karna kemurahanMU
Karna kasih sayangMu

Hanya bila diriMu ingin nyatakan cinta
Pada jiwa jiwa yang rela dia kekasihmu
Kau yang selalu terjaga
Yang memberi segala

- [Di saat hatiku memang sedang berkecamuk, marah, malu, sedih dan kecewa, menghayati separuh daripada lirik lagu yang ke udara membuatkan hati rasa sungguh sayu.  Terasa mataku mula panas dan berkaca.  Dada mulai berdebar dan tangan bagaikan turut sama mengerti, bertukar menjadi sejuk dan terketar-ketar.]

Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud  memuji memuja asmaMu
Kau yang selalu terjaga
Yang memberi segala

Setiap makhluk bergantung padaMu
Dan bersujud semesta untukmu
Setiap wajah mendamba CintaMu CahayaMu

- [Dan sesungguhnya memang aku tersentuh.] 

- Mengapa aku nak berkecil hati hanya dengan satu teguran dan amarah daripada seorang hamba Allah jika dibandingkan dengan amarah Allah padaku?
- Mengapa aku nak berasa marah hanya dengan satu teguran dan amarah daripada seorang hamba Allah jika dibandingkan dengan amarah Allah padaku?
- Mengapa aku nak berasa malu dan kecewa hanya dengan satu teguran dan amarah daripada seorang hamba Allah jika dibandingkan dengan amarah Allah padaku? 

Ya, sesungguhnya aku insan yang lemah.
Kecil hati, marah, malu dan kecewa hanya dengan amarah hamba Allah di muka bumi.  Apalah sangat jika dibandingkan dengan amarah Allah selama ini?

Di saat aku hanya
Berada lebih dekat denganMu bila diri dalam keadaan kesusahan,
Jauh dariMu bila diri terasa telah dipermudahkan
Bersujud rendah kepadaMu bila diri inginkan kepastian,
Berpaling dariMu bila mula temui keputusan
Berdoa seikhlasnya padaMu bila diri mahukan pertolongan
MelupakanMu bila diberi kesenangan.


Namun, kau tak pernah lupa memperkenankan dan memberikan segala permohonan, keinginan dan pertolongan hambaMu.  

Ya Allah.
Sesungguhnya jika aku insan yang sering leka dan lalai dengan segala rahmatMu, Perbetulkanlah jalan dan cara hidupku.
Berikanlah aku hidayah dan petunjuk agar aku sentiasa mengingatiMu setiap saat ketika aku mulai goyah dan mula melupakanMu.
Ajarkanlah diriku erti Syukur, jika diri ini tidak pernah puas dan mensyukuri segala rezeki dan nikmat yang engkau limpahkan padaku.
Tabahkanlah dan cekalkan hati dan perasaanku pabila diuji dengan ujian dan dugaan kehidupan mendatangku.
Dan permudahkanlah segala urusan kehidupan di dunia dan di akhiratku sesungguhnya menjadi hambaMu yang terbaik adalah keinginanku.

Amiiin Ya Rabb Al-amin


SUBUH

Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. 
Allah SWT berfirman maksudnya:

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Wednesday, February 22, 2012

ROLLING IN THE DEEP

Assalamualaikum semuaaaaaaa!!! 

Hari ni tanggal 22 haribulan Februari 2012, maka dengan ini diisytiharkan pihak pengurusan Uitm telah sebulat suara & pendapat untuk mengeluarkan KEPUTUSAN SEMESTER LEPAS!!

O M GEEEE.. Semalam aku ingat nak stay up, kot-kot dapat view result awal sikit la kononnya.  Tapi semuanya hampeh belaka sebab tahap mengantuk aku memang tahap dewa.  :)

So, pagi tadi secara automatiknya aku tersedar dari lamunan tidur.  Tengok jam, ok 8:30 pagi.  Gila kau!!! BANGUN!! Masa untuk tengok result, jangan nak sambung tidur sangat.  Dan dengan drastiknya tanpa sempat nak menggeliat, aku terus capai laptop, on-buka web uitm!(dalam masa yang sama, facebook memang tak lupa la nk on jugeee.  Hehe)

Dan memang dah sah, aku antara yang terlambat tengok result.  Orang lain dah rancak berbuat kat status masing-masing tentang result dorang.  Aku yang mudah gabra ni, sah sah la tiba-tiba je jantung ni berdenyut macam orang baru turun naik tangga 10 kali kencang denyutannya.  Automatically jari pun terus sejuk.  Ya, memang aku tak perlu terlalu risau sebab sem lepas aku hanya praktikal & buat thesis je.  Tapi gila kauuu tak CUAK!! Cuak la, yang aku risau tu, thesis aku.  Ntah apa la yang jadi & apalah grednya.

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim..  
Aku buka email dan klik pada result exam aku.
Dan inilah yang keluar..


Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t. kerana telah memudahkan urusan aku di dunia & di dalam pembelajaran.  Tak terkata.  Bersyukur sangat-sangat.  

[1] Terima kasih kepada kawan-kawan yang selalu membantu aku dalam menyiapkan thesis & report industrial training dulu.  
[2] Thank to Puan Siti, supervisor aku yang terbaiikk!!
&
[3] Terima kasih tak terhingga juga kepada ibu & ayah di atas segala kata-kata semangat, berkat doa & restu mereka.

Akhirnya aku berjaya menamatkan sesi pembelajaran selama 2 tahun setengah di Uitm Puncak Alam dengan rasa puas hati.  Aku hargai semua jasa-jasa orang disekeliling yang banyak membantu kejayaan aku pada hari ini.   

Di sini, aku ingin berkongsi.  Setelah kamu telah penat berusaha, telah buat sehabis baik, berdoa & bertawakkallah.  Doa yang sering aku guna setelah habis sesi peperiksaan.

" Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim"
" Aku memohon kepadamu ya Allah, sesungguhnya aku telah berusaha sehabis baik untuk peperiksaankuHanya padamu sahaja aku berserah diri.  Kau berikanlah agar pemeriksa kertasku sentiasa berada di dalam keadaan yang baik & sentiasa ingin membantu aku bagi memperoleh markah yang baik untuk apa yang telah aku usahakan."
" Aku memohon juga kepadaMu Ya Allah, kau berikanlah keputusanku itu keputusan yang tidak memalukan diriku, selaras dengan usahaku dan yang paling utama tidak memalukan KEDUA IBU BAPAKU.  Sesungguhnya mereka telah banyak membantu aku selama ini.  Hanya padamu aku memohon Ya Allah dan hanya padamu aku berserah diri."

AMIN YA RABBAL ALAMIN. 

Syukran.

 

Wednesday, February 15, 2012

U'VE BEEN BARRARIZED!!!

U'VE BEEN BARRARIZED!!!
What's the meaning of U'VE BEEN BARRARIZED???!!!

Itu adalah trademark kepada restoran barra di Seksyen 7, Shah Alam..  Sesiapa yang LUCKY on that day, dapat la pegang sign U'VE BEEN BARRARIZED tu.. Dan yang penting & menjimatkan adalah bilamana.. Once u all dah pegang sign tu, segala bills korang, yakni segala makanan yang korang dah sental kasi habis licin tu, ditanggung beres oleh RESTORAN BARRA.. Ha, untung tak?? untung tak??

Dan bila cakap bab untung, adik aku la yang untung haritu.. Owh, memang sungguh bertuah.. 2tahun setengah aku kat Puncak Alam pun tak pernah lagi menjejakkan kaki kat restoran Barra ni.. Area Shah Alam je kot & yang paling menyedihkan aku pun tak tau restoran Barra ni area mana.. Yang aku tau Seksyen 7.. Tapi tak perasan la pulak.. Yang aku perasan, Tutti Fruitti, Subway, Jakel, Kedai-kedai fotostat, Nasi Kandar tu.. Macam mana plak tak perasan Restoran Barra ni.. :(

Adik aku & kawan-kawan dia students UiTM Penang datang Shah Alam untuk company visit dorang & kebetulan je singgah makan kt Barra ni..  Ada di antara dorang yang memang tak pernah sampai Shah Alam tu(termasuklah adik aku!), terpinga-pinga la bila ada orang datang suruh pegang sign U'VE BEEN BARRARIZE..



Ok, then, klik-klik(menunjukkan gambar telah di ambil di meja mereka oleh seseorang) Lepas tu, orang tu kutip semua bills, dan bleh suruh tambah nak makan apa lagi.. Tandori la, air la.. Dorang macam tak percaya yang semuanya free.. Kena BAM BAM BOOMM ke hape ni.. Haha.. Owh, tidakk aku sungguh jelezzz.. Selama aku hidup sebagai student tak pernah pun makan free ok! semuanya berbayar.. :'(

Aku,si kakak yang memang dasar IRI HATI terus tanya adik aku!! Biar betiiikkkk!! Haha.. Tapi adik aku ckp gila loaded student uitm makan kat situ.. nasi je dah rm5.. alamak #$%^&*
Gila, dah murah la tu weh!! kalau rm6,7 baru mahal kt sini.. Owh kesian adik aku..  Begitu berharga nilai matawang di matanya..
 
Harap maaf, adik aku dah biasa makan kat area penang, yang padanya jauh lagi murah makanan-makanan mereka, bila kena bayar nasi sepinggan rm5, dia agak jakun & heart attack sekejap.. Maafkan dia.. (tapi memang betul, makanan di Penang memang sedap belaka & murah! Syurga makanan adalah Penang! I loiikee..)

Ha, aku rasa dah terlalu panjang post aku untuk entry ni.. Sampai kat sini je la, aku mencecey.. Banyak lagi kerja rumah yang belum aku settle kan.. :)

Till then! Miss you guys..

 
 

PENGERTIAN

Assalamualaikum..

Wow.. Rasanya dah terlalu berkurun lama tak menaip berjela-jela dalam blog ni.. Aku rasa teruja.. Haha.. Hampir berbulan-bulan.. Konon-konon aku terlalu busy dengan latihan praktikal tahun lepas.. (pooraahh) itu memang alasan sebenarnya..Tapi memang betul, tahun lepas memang agak busy sikit sebab aku terpaksa berikan fokus sefokusnya kepada latihan industri & tak terkecuali penamat denyutan nadiku iaitu thesis semester akhir aku.. Mau tak buat denyutan nadi aku berhenti.. Dah la berlatihan praktikal, lepas tu at the same time kena buat bagi siap thesis tu.. Sebagai seorang yang memang suka melengah-lengahkan masa, buat kerja last minit, banyak tidur, kuat membuang masa dengan perkara yang memang tak mendatangkan faedah satu sen pun pada aku, kerap balik rumah sepupu la, rumah sendiri la, mana tak susah.. Memang susah la aku nk cope dgn semua benda ni..

Dulu, kena bangun pagi, walaupun pagi aku tak ada la pagi sangat, tapi cukup la untuk aku catch up kawan-kawan aku time nak pergi kerja (praktikal) tu.. Keluar rumah dalam 7.30 pagi, even masuk office normal pukul 8.00pagi.. Walaupun rumah sewa kami tak ada la jauh nk mati dengan hospital(tempat praktikal) tu, tapi kalau dibuatnya JAM panjang gila dekat flyover tu, memang merah la punch card kami.. Itu normal.. Memang every month punch card kami akan merah.. Dan makin nak habis latihan praktikal, makin banyak merah.. Haha.. & sampaila satu hari aku buat decision nak naik highway.. Konon-konon nak try short cut n save time.. Maka, terbuktilah memang jimat masa!!! Tak payah tempuh jam yang lama dengan traffic light yang banyak bagai tu.. Owh, kenapa dari mula aku tak terfikir nak guna highway.. DEM!!!  Lepas tu, kawan-kawan aku pun asal lambat je, highway.. Lambat je highway.. Dorang dah pandai sekarang.. Hahaha

Dah, pergi kerja.. Kemudian balik pulak satu hal.. Bila dah balik, soal makan pulak yang jadi masalahnya sekarang.. Sepanjang 4 bulan kami berpraktikal yang jauh dari keluarga terchenta.. Soal makan memang problem betul.. Kadang-kadang bila dah buntu sangat mana lokasi jalan-jalan cari makan kami, mulalah balik-balik kedai tu.. Balik-balik kedai tu jugakkkk..!!!! Owh, aku rasa kalau tekak ni boleh bersuara, mesti dia cakap " Udah-udah le tu kome makan kt kedai tu.. Aku dah tak ada selera" Haha.. Tapi nak buet camno.. Terpaksalah demi sesuap nasi & mengenyangkan perut yang dari office asyik duk bergendang.. :)

Bab, hiburan.. Jangan pandang rendah ok! Kami masih dapat berhibur.. Balik office kami masih boleh tengok drama DHIA, VANILLA COKLAT, JJCM, MELODI banyak lagi la..  At least, tak ada la boring tahap dewa kat rumah sewa tu.. Mujur selama kami menyewa tak jadi apa-apa yang buruk..  Bab tak kenal neighbourhood tu, aku rasa normal sebab mungkin dah namanya KL, penghuni lebih suka buat hal sendiri.. REDHAAA.. tak dapat la nak berangan tackle anak makcik depan rumah ke, buat-buat baik hantar karipap goreng rumah sebelah ke.. MEMANG TAK LAAA.. Haha.. 

Macam tu la hari-hari yang kami lalui sepanjang hampir 5 bulan di Kuala Lumpur.. Tu belum masuk bab terpaksa ulang alik dari rumah sewa ke Puncak Alam, untuk jumpa dengan supervisor masing-masing.. Tujuan nak tunjuk supervisor progress thesis la kononnya.. Tapi berapa banyak kali sangat progress aku yang betul sebetul-betulnya.. Mesti akan ada je yang kena touch up sikit, amend la hape la.. Dan sekali lagi aku REDHAAA.. Bawak balik yang dah buat correction next week.. :(

Dah memang seperti yang aku sebutkan tadi, memang dasar budak suka melengah-lengahkan masa.. Setiap kali sampai due date nak hantar report amali, viva & final thesis before nak di hard bound kan, amekkawww.. Tak tidur aku!! Orang lain memang sah-sah dah dibuai mimpi.. Aku je yang masih berjaga macam burung hantu duk siapkan report, viva & thesis tu.. Ini memang pengajaran tapi aku tak sure sikap aku dapat diubah di masa akan datang.. Haha.. Dah settle, submit semua.. Baru la rasa kepala bagai nak pecah dan time tu memang tak dapat dibendung.. Qada' tidur memang jalan penyelesaian yang bijak.. :) 

Bersengkang mata, memerah otak, & menggunakan masa yang aku rasa agak bijak, akhirnya aku berjaya menyiapkan thesis semester akhir.. YAHUUUU.. Tak kisah la aku buat kerja last minit ke, awal minit ke, yang penting, report amali SUBMITTED, viva PRESENTED, thesis HARD COVER DONE!!! Walaupun aku rasa nak tercabut segala urat tangan, kaki, jantung, saraf otak masa nak siapkan semua benda tu.. Yang penting, ALHAMDULILLAH aku berjaya buat semuanya.. 










Terima kasih YA ALLAH sebab KAU masih lagi berikan aku iman, kudrat, daya ketahanan fizikal & emosi, kekuatan & kesabaran dalam menempuh liku-liku sebagai seorang pelajar & sebagai seorang anak yang menjadi harapan kedua ibu bapaku.. 





Sunday, January 29, 2012

Meredhakan Itu Yang Terbaik

Jika ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu impikan..
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang MENGIMPIKANMU..


Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu rindukan..
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang MERINDUKANMU..


Jika ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu dambakan.. 
Semoga Dia memberimu seseorang yang MENDAMBAKANMU..


Bila ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai.. 
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang MENCINTAIMU..


Yang bukan HANYA kerana apa yang ada PADAMU.. 
Tetapi apa adanya DIRIMU..

Semoga ALLAH memberikan kita yang TERBAIK..
Dengan segala KEINDAHAN HATI & KETAQWAANNYA..


InsyaAllah…♥♥

Saturday, January 14, 2012

Redha disebalik Ujian Allah

Ayat 2 Surah al-Ankabut:
Yang bermaksud:
"Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt."
Suatu peristiwa bila mana Saad bin Abi Waqash bertanya kepada Nabi saw..
"Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling teruk kena uji?"  Lalu jawab Rasulullah saw, "Yang paling teruk kena uji ialah para nabi dan para rasul, kemudiannya golongan yang mengikut para nabi selepas zaman nabi (tabiin) dan kemudiannya golongan selepas tabiin yang mengikut para tabiin."
Allah s.w.t. berfirman:
"Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" (Surah At-Taghabun:11)
Allah s.w.t. berfirman:
"Orang-orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram" (Surah Ar-Rad:28)

.:: Ujian Allah, membolehkan diri ini sebagai hambaNya menilai kelemahan dan kelebihan dalam diri sendiri..  Sesungguhnya, Allah tidak akan menguji lebih dari kemampuan hambaNYa.. ::.

- Andai Belum Masanya -

ALLAH
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.


YA ALLAH
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.


YA ALLAH
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga. 


YA ALLAH
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.


YA ALLAH
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

- AMIIINN -