Sunday, November 7, 2010

7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi

7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Malas, lemah, penat, longlai adalah resam jika anda bukanlah berniat dengan penuh kesungguhan dan bersemangat untuk menikmati kebahagiaan di pagi hari.  Waktu pagi adalah ujian untuk anda, pagi adalah nikmat untuk anda, pagi adalah penentu arah kejayaan dan kegagalan dalam hidup anda.
Justeru itu adakah kita mahu mensia-siakannya?  Ayuh sahabat, bangkitlah! Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah:

01. Bersyukur, bersyukur, bersyukur
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

02. Tekad Bermotivasi
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

03. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

04. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

05. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.  Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.  Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.  Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.  Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

06. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!  Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

07. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.  Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.  Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda. 

  • Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.  
  • Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

Anda Semakin Matang Bila...

Anda Semakin Matang Bila... | iluvislam.com + discover the beauty of islam

  • Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
  • Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
  • Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
  • Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

  • Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

  • Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
  • Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

  • Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

  • Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
  • Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

  • Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

  • Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

  • Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

  • Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

  • Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

  • Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

  • Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
  • Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
  • Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

Perigi Mencari Timba

Perigi Mencari Timba | iluvislam.com + discover the beauty of islam

** Sememangnya betol apa yg dikatakan.. **

Monday, October 25, 2010

~ Cik Bloggie Sit For The Final Exam

Huhu.. Harini 25hb Oktober..Cik bloggie dah sit for the first paper utk final exam..
Harini paper Billing & Insurance..
Soalan pg tadi boleh la tahan.. tp cik bloggie cuak gk..
Sebab xconfident dgn jawapan part c - billing tu..
Kalau salah length of stay tu..salah la jawapan cik bloggie yg lain.. 40marks for that section..
Xpe la..cik bloggie dah pun habis exam billing tu.. Terserah je la..

Nnt coming exam ni plak..

  • 27 Oktober  (health record)
  • 30 Oktober ( medical coding)
  • 3 November ( performance management)
  • 6 November ( intro to human resource management)
alahai.. cuak plak nk jwb exam record & coding tu.. carry mark dah la xbyk membantu sem ni...
kwn2.. semoga kita berjaya dlm mengharungi exam kali ni k... Insyaallah..

~ Sampai ketemu lg.. =)
ashyma

Thursday, October 21, 2010

:: Cik Bloggie Sudah 22tahun pada 22hb Oct..

Hehee..
Esok genaplah umur cik bloggie yg ke 22tahun pada 22hb Oktober.. 
Alhamdullillah, umur cik bloggie masih di panjangkan oleh yang maha esa..
Dah 22tahun sekarang.. Dah beso panjang.. So, harap2 cik bloggie berubah selaras dengan kematangan usia.. Insyaallah..

Esok, hari jumaat.. Cik bloggie dah nk blik puncak alam hari sabtu.. 
Kejap je masa cuti stdi week cik bloggie.. Adoii.. malasnya la nk blik uni..
Balik utk sit for the final exam plak tu.. lg la cik bloggie cuak + sedih + fikiran bercelaru
Sedih sebab sem ni mcm teruk je performance cik bloggie.. Dush2..

Rasanya esok cik bloggie xcelebrate kot birthday cik bloggie..
Sebab ayah cik bloggie xblik.. dah 3minggu xbalik.. sebab sibuk dengan kerja..
Biasanya.. kalau xckup ahli, kami xcelebrate apa2.. tggu sampai semua org balik..
So, celebration utk esok, ala kadar je.. mkn2 mcm biasa..
( cake!!! dah lama cik bloggie starving ngn cake.. ='( tp xpe la.. sabar.. )
Ish,,tiba2 rasa sedih plak.. my lappy,, cik bloggie nk nangis ni..
sedih sebab esoknya cik bloggie dah kena blik pncak.. sit for the exam.. yg cik bloggie rasa mcm xnk ambik exam.. susah!
 ni yg mls ni.. bila cerita ttg rmh..habis cik bloggie jd sedih.. cik bloggie mmg homesick even dah 22 tahun dah.. ntah bila nk jd KUAT!

My lappy, tahun ni cik bloggie nk berazam..::

  •  Jd hamba Allah yg semakin baik dari segi amalan di dunia & akhirat...
  • Jd budak yg lebih baik drpd dlu..
  • (i wish i can.. no more wrongdoings to other people including my beloved ibu & ayah)
  • pursuing my study ...... walaupun semakin hari semakin susah.. harap2 tercapailah target..
  • belajar rajin2..jgn tidur byk, bangun lambat......
  • ......(rahsia..heee)
  • Honda.. The power of Dreams.. Kumpul duit banyak2,,nk beli kereta idamanku.... heheehe

Insyaallah.. cik bloggie boleh..!!

Saturday, October 16, 2010

~ Saya Bangga Menjadi Rakyat DUNGUN..

Blog..
Skrg time study week.. 1week cuti.. so, apa lg, blik rumah la..
Ntah la.. walaupun Dungun ni tak berapa nk membangun mcm bandar2 yg lain..
Tp rasanya semua keperluan dah tersedia.. tak la semua benda tak ada.. Semua lengkap..
Nak apa??
  • Brg2 dapur?? :: pok eng tin, aneka, mydin, nirwana semua ada.. ibaratkan mcm giant, tesco la versi kecik..
  • Kasut?? :: bata, kedai kasut lain pon blambak je.. 
  • Kedai makan :: ha, lg blambak.. sebut je nk menu apa.. goreng2?? kdai2 tepi pantai byk je.. seafood yg segar2 lg..tak de kesan allergi.. sbb semua mknn fresh,bukan yg lama.. nk makanan yg berat?? restoran pattaya ada.. kt batu 50 tu pun ada.. byk la.. lenguh nk tulis ni..
  • Fast food?? :: kfc, pizza hut n yg terbaru ni insyallah mcD nk di buka.. ala, fast food ni tak kisah sgt..bukannya slalu mkn pon.. 
  • Apa lg.. pembangunan lain.. Uitm, Hotel Uitm, Politeknik, SM Teknik, n sekolah 2 rendah & menengah.. banyak.. tak terkira dah.. Dungun ni mmg kaya dengan sekolah rasanya.. hehe..
  • Pantai.. :: huhu..tempat yg sungguh indah.. nk2 kalau nk tenangkan fikiran.. tempat ni slalu jd tempat rehat budak2 uitm dungun kalau time petang2 & lepas final ke test ke.. (pengalaman diri..hehe
  • Kawasan perumahan?? huh..mmg byk.. ckp je..nk rumah mcm mana?? taman perumahan?? rumah kampung?? rumah flat?? rumah banglo?? mmg byk la bertaburan kt atas tanah ni.. kawasan yg tenang utk dihuni.. tak sibuk.. tak dicemari.. senang kira selamat la.. hhee..
  •  
  • Ha, ape lg.. byk la.. senang2 dtg la dungun ni.. tgk sendiri.. bandarnya mmg la tak berapa besar..tp membangun seiring dengan peredaran zaman..
Kalau nk yg besar2 mcm kt kuala lumpur tu :
  • tesco ke giant ke cold storage ke..
  • sogo, midvalley, pavillion, starhill, jusco ke..
  • tgi friday, kenny rogers, starbucks even johny's ke
  • zara, seed, padini, mango tak lupa juga nicole ke..
  • primavera, charles & keith, malahan guess ke..
Mmg la tak ada.. tp semua benda tu bleh dpt kt tempat lain.. 
tak ada hal la.. kalau tak pakai brang2 tu pun,bukan jd apa2 pun.. hehe

Jadi, walau apa sekalipun.. walau saya berada di luar dari dungun.. Hatiku tetap di sini.. 
Dungun mmg bukan mcm bandar2 besar yg lain.. tapi ianya ada nilai yg tersendiri.. 
Kawasan yg tenang, aman, sesuai utk kehidupan..

Oleh yg demikian, SAYA BANGGA MENJADI WARGA DUNGUN.. !!! (^^,)V

p/s : gambar2 nnt la post..tak ckup masa ni..ehhee

Tuesday, October 12, 2010

~ Mission Completed! Thanks to Nuffnang

5: 53 a.m. 13/10/2010

Berjaga dari pagi td sebelum pergi test hrm n bel, baru la skrg ni dpt nk melelapkan mata dgn jayanya..
Drpd blik rmh, tgk :
  • cerita Chinta
  • continue dgn cerita Asmara
  • continue dgn surf internet a.k.a berfacebooking
  • sampaila hingga terjadinya blog ashymafingertips ni..
Dah buat2 blog.. tiba2 teringat tentang nuffnang.. So, sign up la as blogger.. Pergh, mcm2 dugaan btol la nk boleh smpai terjadinya logo nuffnang kt blog ni..
  1. email address xvalid
  2. silap bg details & pergi bg email yahoo plak..
  3. pening nk paste code html nuffnang ni..
tp at last.. Syukur padaMu Ya tuhan.. Akhirnya.. Everything is settled! Mula2 nk paste,baran gk mcm mane la tak boleh jd mcm yg dia bg tu..arahan bukan main senang lg..tp xdpt plak..

godeh punya godeh.. jadilah seperti di blog sedia ada ni.. entah la..tgk mcm ada silap sket.. sbb nuffnang yg lg satu tu mcm tak berapa nk function. tp biarkan la dulu..

Kepala, tangan & pinggang semua dah sakit2.. ni la akibatnya struggle sampai ke SUBUH duk buat advertisement nuffnang ni.. tp tak pe.. satisfied! hehe.. Thank you Nuffnang.. ^^,V

So, skrg da pkul 6:03 pg.. Subuh pun dah masuk.. Time untuk solat Subuh, lps tu T...I...D...U...R syma!!!!
Harini kelas tak de..so bleh la tido lama sket..hehee.. pastu petang, nk pergi beli tiket blik DUNGUN...
Yahuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu... cant wait to go back.. :)

p/s: nuffnang i love u.. ;p
zzZZZzZzZZzzz

Barney (I Love You Song) - my favorite song when im alone..

~ Kembali ke blog

Salam..

Dah lama tak menaip dlm blog ni.. Last cerita2 dlm blog rasanya time diploma praktikal dekat risda dulu..lps dah pursue degree ni dah tak aktif da blog tu.. Password pun dah lupa.. Heee.. :)

Mlm ni tiba2 rasa nk ada blog blik je.. Sejak dari dah tak hiraukan blog yg lama tu.. Selalu je view blog2 org lain.. Best2 dorang ceritakan tentang diri masing2.. Yang paling best bila tgk blog orang yang buat kek, kuih and biskut raya.. Time bulan puasa haritu.. Terliur habis tgk gambar2 makanan2 tu semua.. Hish.. Saya pon apa lg.. copy and paste la resepi2 makanan2 tu.. Tgk pada gmbar mmg best.. Tp tak tau la jadi ke tak bila tangan hancur  'ashyma' ni mencubanya.. Hehehe.. (panjang plak membebel ttg makanan.. )

Hari ni berapa hari bulan ??  --- 13 Oktober 2010, Rabu
Maka dengan ini, diisytiharkan bahawa ashyma telah memunculkan menubuhkan kembali blog nya ke alam maya.. (betul ke penggunaan ayat ni?) Maaf kalau tak betul.. harap di perbetulkan.. =)

Ashyma (^^,)V