Wednesday, December 29, 2010

Brands Inner Shine Prune Essence

Hai blog cik bloggie..  
Nampaknya ketemu lagi kita ya..
Mood untuk berblog masih rajin..
Kali ni cik bloggie nak merapu apa pulak ya..

Jap..  Tengah fikir..  
Hari ini, cik bloggie nak jadi..
Salesgirl.. Hahaha..

Mari-mari cik-cik, puan-puan, nenek-nenek sekalian..
Dengar ini :
BRANDS INNER SHINE PRUNE ESSENCE

Jom cik bloggie kenalkan ok..
Apa itu Inner Shine Prune Essence ni..
Kejap ye blog..
Cik bloggie upload gambar..


Ni lah Inner Shine Prune Essence tu..  
Prune Essence ni, untuk di minum pada waktu malam..
Satu kotak untuk satu malam..
Untuk keserian wajah..
(mengikut apa yang dikata oleh kotak tu la..) hehe



Dalam kotak yang besar tu, ada 6 kotak-kotak kecik seperti pada gambar di atas.  
Dalam kotak-kotak kecik tu, of course la mesti ada botol..
Takkan nak minum guna kotak tu ye tak.. Hehe..

So, bila da pulas botol inner shine tu apa lagi..
Minum la.. Sedap tau..
Siapa-siapa yang suka makan buah prune ke..
air prune ke.. (eh, ada ke..heee)
Prune essence ni, lebih kurang jugak macam rasa air ribena..
So, siapa-siapa yang suka minum air ribena..
Jangan segan silu untuk mencubanya..
Jangan bimbang..
Cik bloggie dah cuba dulu..
Tak la rasa tak sedap..
Ok je..  Masih boleh di terima oleh tekak ni..
 
Selain mengamalkan minuman inner shine, 
Ia memberi kita banyak kasiat tau.. 
Nak tahu kasiat...

BRANDS INNER SHINE PRUNE ESSENCE ????

Jom kita lihat..
Apakah kasiatnya.. 
:)

  • Formula InnerShine Prune Plus diperkaya dengan kebaikan semulajadi pati prun..  termasuk pulpa dan kulit buah prun untuk hasil yang lebih berkesan
  • Ramuan tambahan pulpa dan kulit prun bakal membekalkan lebih serat, anti-oksidan & Vitamin C:
      • Untuk meningkatkan proses detoksifikasi secara semulajadi, selain membantu menyerikan kulit dan merangsang kesihatan badan dari dalam.
Ha, mendalam maksud kasiat inner shine ni kan..

Maya Karin, duta terbaru inner shine pun turut mengakui kehebatan minuman ini.. 
Jom kita lihat apa kata Maya Karin..
(Cewah, dah macam pengacara pulak cik bloggie..Heee)

"Percaya atau tidak, sejak mengamalkan pengambilan InnerShine, saya dapat merasai perbezaannya. Ketika sedang sibuk menjalani pementasan teater Natrah, wajah saya masih kekal segar dan berseri walaupun dalam keletihan.
"Saya percaya dengan khasiat produk ini yang dihasilkan daripada perahan buah prun. Sememangnya kecantikan wajah setiap individu datang dari dalam dan oleh kerana itu saya rasa kita perlu memeliharanya bermula dari dalam," katanya penuh yakin.

Apa lagi, cepat cuba minuman inner shine prune essence ni..
Cik bloggie pun tengah mencubanya..
Baru je habis satu kotak..
Nanti nak beli lagi satu kotak bawak balik tempat belajar cik bloggie..

BRANDS INNER SHINE PRUNE ESSENCE ni,
Tak mahal pun..
Kalau kedai biasa, RM23.50..
Watson atau Guardian, RM23.90..
Kalau ada promosi, turun mencecah RM21++..
Ha, berpatutan kan..
Ala, untuk kesihatan, apa salahnya kita melabur..
Untuk kecantikan luaran boleh pulak kan..
So, cepat pergi beli..  Hehehe..


WE ARE WHAT WE EAT.. 
:)

Sampai ketemu lagi di lain entry..

Sunday, December 26, 2010

Ayuh Kembali Ke Uitm

Cik bloggie habis exam haritu 6hb November..
Balik rumah 7hb..
Then cuti bagai nak rak..  Memang tahap gila senang hatinya..
Tak Terkata.. Hahaha..
Sekarang dah 28hb Disember..
Cik bloggie tak rasa pun yang cuti semester ni lama..

Tak lama lagi, nak masuk tahun baru.. Sekejap je.. 
Tup tup dah nak masuk tahun 2011.. 
Dan itu juga bermaksud, cuti semester cik bloggie dah nak habis..

Owh! Tidak!! 
Paling tak suka ok.. :(
Tolong!!
Tak mau balik..
Tak mau balik..

Nak duduk rumah..
Makan sedap..
Hati senang..
Jiwa tenang..
Fikiran tenang..
Dan semua la yang senang-senang.. Hehe

Bila balik unibersiti semula..
Makan tak sedap..
Hati gundah gulana..
Jiwa tak tenteram..
Fikiran berserabut..

Terfikir & Memikir tentang..
Kuiz
Test
Report
Presentation
(all about student's stuffs la)

Dan bila suara baik berbisik..
" Kamu kena harungi semuanya, selagi kamu bergelar pelajar.. Tak ada satupun di muka bumi ni, semuanya senang.. Nak cari makan pun susah.. So, jangan mengeluh!"

Dan bila suara jahat berbisik..
" Tak payah buat semua tu.. Enjoy selagi kamu mampu.. Belajar tu, ala kadar je.. Cukup.. Jangan terlalu berusaha!"
Hahha.. Yang mana satu kita nak ikut.. 
Mendengar suara baikkah..
Mendengar suara jahatkah..

Tepuk dada..  Tanya selera.. :)

 Tadaaaa..


Inilah tempat cik bloggie belajar..  
(^^,)V



Gedabak you.. nice kan nama sekolah cik bloggie.. =)


Yang belah kanan tu.. Fakulti cik bloggie.. FPTP.. 16 tingkat.. Kalau lif menonjolkan keperlahanan bergerak.. Kami terpaksa mendaki tangga-tangga untuk ke kelas..




Walau apa pun, cik bloggie bangga menjadi warga UITM..
UITM DI HATIKU.. 
(^^,)V

Friday, December 17, 2010

.:: Alhamdulillah untuk Result Cik Bloggie ::.

10 Disember 2010 hari tu,

Cik bloggie hantar kwn cik bloggie, nadia blik kolumpur..  Lepas hantar nadia, cik bloggie pun 
pusing-pusing bandar, cari barang-barang yang cik bloggie nak sebelum balik rumah..

Masa tengah bersuka suki tu, memang langsung tak ingat hari ni 10 Disember, result cik bloggie keluar!!!

Selepas parking je kereta, adik cik bloggie kembali ingatkan cik bloggie..
Lepas tu apa lagi, terus je jantung cik bloggie berdegup kencang dan laju..  Setiap kali nak tengok result mesti macam tu..  :)

Cik bloggie terus masuk rumah, terus ke url www.uitm.edu.my 
Masa tu, kaki tangan semua dah sejuk semacam.. Punya cuaknya nak tengok result cik bloggie..

Kali ni, cik bloggie bagi LIMA BINTANG untuk pihak pengurusan uitm, sebab masa cik bloggie log in student portal, laju je..  Tak macam dahulu kala..  Nampaknya uitm betul-betul berusaha meningkatkan mutu mereka.. Uitm Di Hatiku lah.. hehe..

Apa lagi, seperti biasa.. Cik bloggie akan tengok column  ‘RESULT’ dulu..





ALHAMDULILLAH..  Semua LULUS..  Thank You Allah..

Walaupun, terdapat sedikit penurunan pada result cik bloggie sem ni, tapi cik bloggie tetap bersyukur, Semuanya lulus..   
InsyaAllah, sem akan datang, cik bloggie akan berusaha lebih kuat, daripada sem ni..

Apapun, cik bloggie bersyukur sangat dengan apa yang cik bloggie perolehi.. 

Betullah kata orang,

“ Berdoalah kepada Allah swt apabila kamu telah berusaha & bertawakkallah “ Sampai ketemu lagi di lain masa..  ;)

Saturday, December 4, 2010

Rapuh by Opick

~ Best lagu ni.. Enjoy..! =)


RAPUH

Penyanyi : Opick


Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan


Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepada-Mu
Yang terindah dalam hidup


Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepada-Mu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah pada-Mu


Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintai-Mu
Dalam dada ku harap hanya
Diri-Mu yang bertakhta


Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir pada-Mu


andainya lelaki tahu hati seorang wanita.mp4