Friday, December 17, 2010

.:: Alhamdulillah untuk Result Cik Bloggie ::.

10 Disember 2010 hari tu,

Cik bloggie hantar kwn cik bloggie, nadia blik kolumpur..  Lepas hantar nadia, cik bloggie pun 
pusing-pusing bandar, cari barang-barang yang cik bloggie nak sebelum balik rumah..

Masa tengah bersuka suki tu, memang langsung tak ingat hari ni 10 Disember, result cik bloggie keluar!!!

Selepas parking je kereta, adik cik bloggie kembali ingatkan cik bloggie..
Lepas tu apa lagi, terus je jantung cik bloggie berdegup kencang dan laju..  Setiap kali nak tengok result mesti macam tu..  :)

Cik bloggie terus masuk rumah, terus ke url www.uitm.edu.my 
Masa tu, kaki tangan semua dah sejuk semacam.. Punya cuaknya nak tengok result cik bloggie..

Kali ni, cik bloggie bagi LIMA BINTANG untuk pihak pengurusan uitm, sebab masa cik bloggie log in student portal, laju je..  Tak macam dahulu kala..  Nampaknya uitm betul-betul berusaha meningkatkan mutu mereka.. Uitm Di Hatiku lah.. hehe..

Apa lagi, seperti biasa.. Cik bloggie akan tengok column  ‘RESULT’ dulu..





ALHAMDULILLAH..  Semua LULUS..  Thank You Allah..

Walaupun, terdapat sedikit penurunan pada result cik bloggie sem ni, tapi cik bloggie tetap bersyukur, Semuanya lulus..   
InsyaAllah, sem akan datang, cik bloggie akan berusaha lebih kuat, daripada sem ni..

Apapun, cik bloggie bersyukur sangat dengan apa yang cik bloggie perolehi.. 

Betullah kata orang,

“ Berdoalah kepada Allah swt apabila kamu telah berusaha & bertawakkallah “ Sampai ketemu lagi di lain masa..  ;)

No comments: